Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah
kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin banyak orang
menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan. Isu ini kerap diperkatakan dan
terpapar luas di dada-dada akhbar dan media massa. Pada hakikatnya, isu ini
merupakan isu yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap individu. Tepuk
dada tanya selera. Marilah kita berbincang tentang kepentingan penggunaan
telefon bimbit kepada masyarakat.
Sebagai lontaran idea yang pertama, telefon
bimbit boleh membantu kita berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang
tinggal di tempat yang jauh. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan
aplikasi dan laman sosial dalam telefon bimbit untuk berbual-bual dengan semua
orang. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan aplikasi sperti ‘Messenger’,
‘Whatsapp’ dan ‘Skype. Dengan ini, kita boleh berhubung dengan orang lain
dengan cara yang mudah.
Jika ditinjau dari aspek yang lain, telefon
bimbit boleh membantu kita mencari data dan maklumat dengan mudah. Hal ini
demikian kerana kita boleh mencari maklumat dalam telefon bimbit dengan
menggunakan laman web seperti ‘Wikipedia’ dan ‘Goggle Chrome’ dengan beberapa
klik sahaja. Dengan ini, kita boleh membuat kerja sekolah dan urusan dengan
lebih efisien.
Jika ditinjau dari sudut yang lain, kita boleh
menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan secara talian. Dengan ini,
kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui
aplikasi dalam telefon bimbit. Sebagai contoh, kita boleh membayar secara
talian melalui laman ‘Maybank2u’ dan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti
FPX dan PayPal. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, kerana
kata peribahasa ‘masa itu emas’.
Sebagai penghias penutup bicara, kita juga
berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam telefon bimbit. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak orang mencari pekerja dalam pelbagai laman web. Sebagai
contoh, kita boleh mencari kerja dalam ‘Facebook’ dan ‘Wechat’ Dengan ini,
kegiatan ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah
menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan
kesan positif yang tiada penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan
negatif. Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja
menggunakan telefon bimbit dengan bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab
bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’ untuk memacukan
negara kita ke mercu yang lebih tinggi.