Tindakan Menolong
Rakan yang Tercedera
MODEL TAHUN 3-4
Pada petang Rabu yang lalu, saya dan kawan-kawan sedang berlatih lompat tinggi di padang sekolah. Kami dilatih oleh Cikgu Ramlan yang bertugas pada hari itu.
Tiba-tiba, saya terdengar rakan saya, Wendy menjerit kesakitan. Rupa-rupanya, dia terjatuh semasa sedang melompat tinggi. Dia terjatuh di atas tanah.
Dengan segera, saya dan kawan-kawan yang lain membantu mengangkat Wendy ke tepi padang. Kakinya terseliuh. Saya memberitahu Cikgu Ramlan tentang kejadian itu.
Cikgu Ramlan segera membalut kaki Wendy. Cikgu Ramlan membawa Wendy ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Saya ke pondok telefon sekolah lalu mendial nombor rumah Wendy. Saya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu Wendy. Ibu bapa Wendy bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya.
Selepas kejadian itu, Cikgu Ramlan menasihati kami agar berhati-hati semasa menjalani latihan sukan.
MODEL TAHUN 5-6
Pada
petang Rabu yang lalu, saya dan kawan-kawan sedang berlatih lompat tinggi. Kami
berlatih lompat tinggi di padang sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi
sukanan tahunan. Kami dilatih oleh Cikgu Ramlan yang bertugas pada hari itu.
Tiba-tiba, saya terdengar rakan saya,
Wendy menjerit kesakitan. Rupa-rupanya, dia terjatuh semasa sedang melompat
tinggi. Dia tidak terjatuh di atas tilam tetapi terjatuh di atas tanah.
Tanpa berlengah, saya dan kawan-kawan yang
lain membantu mengangkat Wendy ke tepi padang. Kakinya terseliuh dan dia tidak
boleh berjalan. Saya lantas memberitahu Cikgu Ramlan tentang kejadian itu.
Cikgu Ramlan memberikan bantuan segera
dengan menyapu minyak urut lalu membalut kaki Wendy. Cikgu Ramlan membawa Wendy
ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Saya berlari ke pondok telefon sekolah
lalu mendial nombor rumah Wendy. Saya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu Wendy. Ibu dan bapa Wendy bergegas ke hospital untuk melihat
keadaannya.
Selepas kejadian itu, Cikgu Ramlan
menasihati kami agar berhati-hati semasa menjalani latihan sukan. Malang tidak
berbau dan kita mestilah sentiasa berwaspada.