Tambahan: Sejak itu, aku menjadi pengaman dunia ini. Aku banyak terlibat dalam
kerja-kerja yang membantu menjaga keamanan dunia ini agar dunia ini menjadi
tempat yang selamat dan aman.
Showing posts with label autobiografi. Show all posts
Showing posts with label autobiografi. Show all posts
Wednesday, November 20, 2019
Wednesday, September 18, 2019
Aku Sebagai Lampu Suluh
Aku Sebagai Lampu Suluh
Aku
ialah lampu suluh LED berjenama Kingslite, dengan siri nombor ESH6226. Aku
dilahirkan di sebuah kilang di Shen Zhen, China. Aku dengan saudara aku
mempunyai rupa bentuk yang sama. Ada yang berlainan warna. Setelah siap, kami
dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar melalui kapal kontena ke Malaysia.
Selepas
diperiksa kastam, aku telah dihantar ke Pasar Raya Aeon yang terletak di Taman
Equine. Di sinilah, aku diletakkan bersama-sama dengan lampu suluh lain yang
berbeza jenama dan bentuk. Setiap hari, ramai pelanggan yang datang pasar raya
itu. Ada yang melihat-lihat sahaja dan ada yang memegang-megang aku.
Suata
hari, ada seorang lelaki datang bersama-sama anaknya. Dia memegang aku dan salah
seorang rakan aku. Setelah memeriksa kami, dia akhirnya mengambil keputusan
iaitu memilih aku. Aku dibawa ke kaunter pembayaran. Sebelum itu, aku telah
dimasukkan tiga biji bateri AAA untuk memastikan aku berfungsi dengan
baik. Setelah berpuas hati dan membuat
pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya.
Setibanya
di rumah, aku diletakkan di atas kabinet yang berhampiran dengan pintu utama. Aku mendapati nama tuanku ialah Yoon
Kong. Sepanjang aku berada di rumah itu, aku digunakan sewaktu bekalan elektrik
terputus. Kadang-kadang, aku juga dibawa oleh Yoon Kong ke tempat dia memancing. Aku
juga pasti dibawa bersama dan diletakkan di dalam kereta apabila Yoon Kong dan keluarganya ke suatu
tempat yang jauh sebagai langkah keselamatan.
Aku
sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada keluarga Yoon Kong. Yoon Kong selalu
menjaga aku dengan baik. Sekiranya, aku tidak berfungsi, dia akan menukarkan
bateri di dalam badan aku. Aku akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
tuan aku selagi hayat aku dikandung
badan.
Wednesday, May 8, 2019
AKU SEBATANG PENSEL 2B
Aku Sebatang Pensel
Aku
sebatang pensel. Aku dilahirkan bersama rakan-rakanku yang lain di sebuah
kilang yang membuat alat tulis. Kualiti kami berbeza-beza. Ada di antara
mereka tidak begitu tahan lama. Kami dilabelkan dengan pelbagai jenama dan
dikelaskan mengikut kekerasan grafit 根据石墨硬度berdasarkan kehendak pelanggan 根据客户的要求yang menempah 订购kami. Tubuhku diperbuat daripada kayu yang bermutu
tinggi 高品质dengan warna kuning keemasan bercampur hitam. Aku
dinamakan Pensel 2B yang memang popular 的确流行dalam kalangan murid-murid. Rakan-rakanku yang
lain ada yang bernama HB, 4B dan lain-lain.
Selepas
siap diperiksa kualiti被检查质量, aku dan
sebelas rakanku yang sama jenis dimasukkan dalam sebuah kotak. Rakan-rakanku
yang lain juga dimasukkan ke dalam kotak masing-masing sebelum dihantar ke
destinasi kami.
Tidak lama
kemudian, aku dan rakan-rakanku pun tiba di sebuah kedai buku dan dan
dipamerkan di atas rak. Aku dan rakan-rakanku disusun dengan kemas mengikut
kategori 根据类别masing-masing. Aku dipamerkan di bahagian luar
sekali kerana aku memang jenis yang popular.
Pada suatu
hari, aku telah dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat谨慎, namanya Mandy. Aku digunakan untuk menulis
diari Mandy. Setiap kali selepas aku digunakan, Mandy akan menyimpan aku di
dalam kotak pensel atas meja tulisnya. Aku dijaga dengan baik seperti
menatang minyak yang penuh 无微不至地照顾. Aku
sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik.
Selepas
seminggu aku digunakan, tubuhku semakin lama semakin pendek. Rupa-rupanya原来 hayatku 我的寿命memang
tidak panjang. Ini adalah kerana setiap kali mataku tumpul 钝, Mandy akan mengasah 削tubuhku sehingga tajam semula. Kini tubuhku
hanya sependek ibu jari 像拇指般短 dan memang
sukar digunakan lagi 的确难以使用.
Akhirnya, aku tidak dipedulikan lagi不再被理会kerana Mandy telah mempunyai pensel baharu. Aku
sedar aku telah kehilangan kuasa 失去能力, namun
aku tetap 还 gembira
kerana pernah berbakti 曾经贡献kepada
manusia.
AKU SEBATANG PEN
Aku Sebatang Pen
Aku sebatang pen
berjenama Pilot G5. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang
terkenal di Puchong, Selangor. Sebahagian badanku lut
sinar 透明. Darahku pula
berwarna merah.
Selepas aku
diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan
sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah
lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku sempat
berkenalan dengan ramai kawan yang baharu yang berlainan jenama seperti Pentel,
Faber-Castell, Papermate, Stabilo dan sebagainya.
Setibanya di kedai
alat tulis, aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di atas
rak khas untuk pen bersama dengan pen-pen yang berjenama dari luar negara
seperti Parker dan Muji. Di situ, aku telah berkenalan lagi dengan kawan
baharu. Selepas dibubuh tanda harga, kami pun menunggu tuan yang bakal datang
membeli kami dengan penuh kesabaran 充满耐心.
Pada suatu hari,
seorang wanita bernama Jasmine datang membeliku. Rupa-rupanya Jasmine merupakan
seorang guru. Jasmine selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda
buku-buku latihan murid-muridnya. Jasmine seorang guru yang berdedikasi dan
murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Jasmine akan meminjamkan
aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang
dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Jasmine. Dia sangat menyukai aku.
Jasmine menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak
yang penuh 无微不至地照顾.
Setiap kali selepas aku digunakan, aku pasti akan disimpan dengan baik.
Lama-kelamaan
darahku mulai kehabisan. Aku berasa sedih kerana aku tidak mampu berkhidmat
kepada Jasmine lagi. Alangkah terperanjatnya, aku telah ditukar darah baharu oleh
Jasmine pada suatu petang selepas dia pulang dari kedai buku. Aku ingat aku
akan dibuang dan diganti dengan pen yang baharu, rupa-rupanya darahku
boleh diisi semula (refill).
Aku berasa segar dengan darah baharu itu. Aku berasa bangga mempunyai tuan
yang sedar akan kepentingan guna semula 意识到重用回收的重要性.
Aku amat terharu 感动kerana aku tidak
dibuang selepas darahku habis. Kini, Jasmine masih menggunakan aku seperti
biasa untuk menyemak buku-buku latihan murid-muridnya. Saya berjanji selagi
hayatku dikandung badan只要我活着,
aku tetap akan berkhidmat untuk Jasmine.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI
KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...
-
Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin ban...
-
KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...
-
HOBI SAYA - BIOGRAFI Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Kita sering dipesan harus memanfaatkan masa lapang. Hobi s...
