Showing posts with label karangan. Show all posts
Showing posts with label karangan. Show all posts

Monday, March 14, 2022

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

 KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidup manusia. Namun, pada zaman moden ini, sungai sudah semakin tercemar dan meninggalkan pelbagai kesan yang membimbangkan masyarakat.

Kesan yang sering dilihat ialah rawatan pencemaran sungai telah menelan jumlah peruntukan yang tinggi dalam belanjawan negara setiap tahun. Sungai yang tercemar perlu dirawat agar tidak membawa kesan yang lebih serius kepada masyarakat. Kempen ‘Cintai Sungai Kita’ tidak patut sekadar slogan dan patut dititikberatkan agar segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan pencemaran sungai tidak akan sia-sia bagai mencurah air ke daun keladi.

Selain itu, pencemaran sungai sememangnya menyumbang kepada kepupusan kehidupan akuatik. Hal ini demikian kerana hidupan marin seperti ikan, udang dan pokok bakau serta rumpai yang bergantung kepada sumber air yang bersih itu tidak lagi selamat untuk hidup di sungai yang tercemar. Akibatnya, rantaian makanan dan keseimbangan ekosistem turut tergugat.

Sumber protein daripada sungai semakin berkurangan dan tidak lagi selamat untuk dimakan oleh manusia. Ekoran daripada itu, sumber pendapatan penduduk setempat khususnya para nelayan yang bergantung kepada penternakan hasil laut dalam sangkat turut terjejas dengan teruknya.

Pencemaran sungai ini akan menatijahkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan yang dibuang ke dalam sungai dengan mudah. Akhirnya, penyebaran mikroorganisma ini akan mengakibatkan peningkatan pelbagai penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah. Oleh itu, kesihatan kita pasti akan terjejas akibat daripada pencemaran sungai.

Di samping itu, pencemaran sungai boleh mengakibatkan imej negara terjejas. Tidak lagi kita berasa jangkal apabila kita dimaklumkan berlaku banjir-banjir kilat di bandar besar. Salah satu punca berlakunya banjir kilat ialah sungai yang tersumbat dengan sampah sarap. Sikap penduduk setempat sendiri yang tidak mementingkan kebersihan sungai dan tidak  bertanggungjawab itu menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa-sisa sampah. Senario sungai yang kotor dan dipenuhi sampah sarap amat menjijikan mata. Bayangkan pelancong yang melihat dengan mata sendiri kekotoran sungai kita, alangkah malunya kita sebagai rakyat yang memang terkenal dengan nilai-nilai murni ketimuran.

Akhir sekali, ternyata sungai amat penting bagi setiap penduduk di bumi untuk meneruskan hidup. Pencemaran sungai di negara kita telah meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan. Namun, senario ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan memberi kesan negatif yang lebih parah dalam jangka masa panjang. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, bersama-samalah kita berhempas-pulas memelihara dan mengekalkan keindahan serta kebersihan sungai.  

 

Saturday, January 30, 2021

HOBI SAYA, DITELAN ZAMAN?

 

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Masa lapang kita dimanfaatkan dengan hobi dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial yang tidak sihat. Ramai di antara rakan sebaya saya gemar bersukan, ada pula yang lebih gemar bermain permainan komputer. Namun, saya yang agak berlainan dengan mereka. Saya meminati setem yang berwarna-warni, bahkan dalam pelbagai saiz dan bentuk. 

Hobi saya ialah mengumpul setem. Saya mula meminati setem setelah bapa saudara yang telah berhijrah ke Australia sering mengirim surat kepada nenek yang tinggal serumah dengan saya. Saya tertarik dengan gambar-gambar yang menarik pada setem. Setem-setem itu menonjulkan budaya dan peristiwa penting yang berlaku tentang sesebuah negara. Setiap kaili selepas menyiapkan kerja sekolah, saya gemar menatap setem-setem untuk menambah ilmu pengetahuan saya.

Banyak kebaikan yang saya peroleh melalui hobi saya ini. Mengumpul setem telah melatih kesabaran dan ketelitian saya. Saya perlu bersabar untuk menunggu surat yang dikirim kepada saya atau keluarga. Saya juga haruslah cermat sewaktu menanggalkan setem daripada sampul surat. Namun, setiap kali melihat koleksi setem peribadi bertambah, kepuasan yang saya peroleh memang tidak ternilai.

Untuk menambahkan koleksi saya, saya juga sering mengunjungi pejabat pos terutamanya sewaktu dimaklumkan ada keluaran khas setem sempena progam atau kempen tertentu seperti sambutan Hari Kemerdekaan, koleksi spesis flora dan fauna negara yang istimewa. Selain menimba pengetahuan baharu, saya juga menjadi lebih kreatif. Mengumpul setem kadangkala juga membazirkan duit, namun saya memperoleh banyak faedah serta keseronokan daripada hobi saya ini.

         Setakat ini, saya telah berjaya mengumpulkan melebihi 3000 setem. Setem-setem tersebut berasal dari lebih 50 buah negara di seluruh pelosok dunia. Setem-setem saya telah disimpan dengan rapi dalam album setem. Walaupun mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpulkannya, saya tidak kisah kerana bak kata pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Menulis surat dan mengirim surat sudah tidak sepopular dahulu kala. Pada hakikatnya, pertambahan koleksi saya sudah tidak secepat dahulu. Ramai orang telah beralih daripada berurusan melalui surat kepada penghantaran e-mel, namun dengan bantuan media sosial untuk menemukan golongan peminat setem dari seluruh dunia, dapatlah juga saya bertukar-tukar setem dengan peminat setem yang menghadapi situasi yang sama dengan saya. Saya amat berbangga terhadap diri saya kerana telah berjaya menempuhi cabaran-cabaran tersebut dengan baik. Sesungguhnya, hobi itu amat baik dan memberi manfaat kepada kita. Saya berharap hobi saya ini tidak ditelan zaman dengan adanya peminat seperti saya.

 

Thursday, March 5, 2020

Hobi Saya


HOBI SAYA
Chong Qie Cheng, 12
            Semua orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah bermain catur dan membaca.
            Saya sukar bermain catur kerana aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Saya juga bermain catur semasa saya berasa bosan. Hobi saya ini juga dapat mencerdaskan otak. Saya gemar bermain catur dengan ahli keluarga agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
            Ayah saya yang mengajar saya bermain catur. Saya sudah tahu bermain catur sejak berumur 7 tahun. Saya juga belajar teknik-teknik daripada sepupu yang mahir dalam catur. Kadang-kadang, saya bermain catur dengan anak-anak jiran yang sebaya untuk menjadi lebih mahir.
            Selain bermain catur, saya juga suka membaca kerana membaca dapat menambah ilmu. Saya suka membaca buku berkenaan alam flora dan fauna kerana maklumat itu sangat menarik hati saya. Pada masa lapang, saya membaca buku di bilik saya.
            Kesimpulannya, semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Kita mesti memilih hobi kerana hobi dapat memberikan banyak manfaat.

Chew Pui Kei, 12
            Hobi ialah aktiviti kegemaran kita. Hobi juga boleh mengisi masa lapang. Hobi saya ialah membaca dan berkebun.
            Mengapakah saya suka membaca? Saya suka membaca kerana saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap penulisan supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
            Saya gemar membaca pelbagai bahan bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita. Sejak berumur 4 tahun lagi, saya sudah pandai membaca buku cerita, pada usia 7 tahun pula saya mula membaca surat khabar setiap hari. Membaca surat khabar membolehkan saya mengetahui isu-isu semasa. Majalah berkebun pula telah menjadi bahan bacaan pilihan saya sejak umur 9 tahun. Pada waktu lapang, saya juga meminati buku komik yang memaparkan banyak gambar menarik yang dapat meningkatkan daya kreativiti saya.
            Selain membaca, saya juga gemar menanam pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran. Aktiviti berkebun ini dapat menghijaukan dan menceriakan kawasan persekitaran rumah serta mengurangkan stres dan beban kerja sekolah. Menanam sayur-sayuran pula dapat menjimatkan wang perbelanjaan.
            Hobi berkebun juga boleh menjadi kerjaya saya. Saya ingin menjadi seorang ahli botani yang mencipta dan memperkenalkan teknik berkebun baharu kepada negara kita. Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan masa lapang saya dengan hobi-hobi saya ini.

Sunday, March 1, 2020

KARANGAN - SYARAHAN : Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini, saya mewakilli kelas saya Kelas 6A, akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".

Hadirin sekalian,

       Saban hari 每一天 kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri 恐怖. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di jalan raya.

         Antara cara menjaga keselamatan di jalan raya adalah dengan merancang perjalanan kita terlebih dahulu 提前计划行程. Pemanduan yang terburu-buru匆匆忙忙 kerana takut terlewat ke destinasi mudah mengakibatkan berlakunya kemalangan.) Jika sesuatu perjalanan dirancang terlebih dahulu maka seseorang itu boleh memandu dengan tenang平静.

       Selain itu, kita mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya. Janganlah kita memotong kenderaan lain sewenang-wenangnya 顺意. Sebagai contoh, memotong kenderaan lain di selekoh tajam 急转弯yang telah dipaparkan 被显示papan tanda “Dilarang memotong atau garisan berkembar sering mengundang padah 招来不好的后果.

Hadirin sekalian,

       Kita juga perlu memeriksa terlebih dahulu kenderaan kita sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.

       Kesimpulannya, menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama. Jika semua pengguna jalan raya menjaga  keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. Akhir kata, pandu cermat, jiwa selamat.

Sekian, terima kasih.

HOBI SAYA

HOBI SAYA - BIOGRAFI

Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Kita sering dipesan harus memanfaatkan masa lapang. Hobi saya ialah berenang dan membaca buku.

Saya mula belajar berenang sejak berumur lima tahun. Saya diajar berenang oleh bapa saya yang merupakan seorang jurulatih renang. Saya telah mahir berenang semua gaya, iaitu gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas pada usia 10 tahun.

Tahun ini saya telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Akuatik MSSM bagi acara renang 800 meter gaya bebas perempuan terbuka. Walaupun saya gagal merangkul sebarang pingat, saya tetap berbangga dengan diri kerana penyertaan kali ini telah membuka mata saya tentang arena sukan renang. Saya juga amat gembira kerana telah dapat berkenalan beberapa orang rakan yang seminat dengan saya.  Saya pula mula meminati terjun air dan renang artistik.

Saya gemar berenang kerana aktiviti ini sangat baik untuk kita. Kelebihan berenang bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah juga membentuk tubuh yang lebih sempurna. Saya juga bercita-cita menjadi wakil negara di acara sukan renang bertaraf dunia kelak.

Selain berenang, saya juga gemar membaca. Tabiat membaca dipupuk sejak kecil lagi kerana ibu saya sering membacakan buku cerita Aesop’s Fable sebelum saya masuk tidur. Sewaktu saya belajar Tahun Tiga, saya pula tertarik dengan hasil karya Enid Blyton yang cerita-cerita pengembaraan yang menarik. Sehinggakan pada usia 11 tahun, saya pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis sepopular Enid Blyton.

Kini, minat saya bertambah apabila saya berkenalan dengan rakan sekelas saya, Deirdre Gan, yang turut berkongsi minat membaca. Kami sering berkongsi buku cerita untuk menjimatkan perbelanjaan. Antara siri bacaan kegemaran kami ialah Geronimo Stilton and Diary of a Wimpy Kid.

Mengamalkan hobi berenang dan membaca dalam hidup seharian telah menjadikan hidup saya sihat dan ceria. Saya bersyukur kerana masa lapang saya digunakan dengan baik.

Wednesday, November 20, 2019

AKU ROBOT ISTIMEWA

Tambahan: Sejak itu, aku menjadi pengaman dunia ini. Aku banyak terlibat dalam kerja-kerja yang membantu menjaga keamanan dunia ini agar dunia ini menjadi tempat yang selamat dan aman. 

Friday, November 8, 2019

CERITA - TINDAKAN - MENOLONG RAKAN YANG TERCEDERA


Tindakan Menolong Rakan yang Tercedera

MODEL TAHUN 3-4
            Pada petang Rabu yang lalu, saya dan kawan-kawan sedang berlatih lompat tinggi  di padang sekolah. Kami dilatih oleh Cikgu Ramlan yang bertugas pada hari itu.
Tiba-tiba, saya terdengar rakan saya, Wendy menjerit kesakitan. Rupa-rupanya, dia terjatuh semasa sedang melompat tinggi. Dia terjatuh di atas tanah.
Dengan segera, saya dan kawan-kawan yang lain membantu mengangkat Wendy ke tepi padang. Kakinya terseliuh. Saya memberitahu Cikgu Ramlan tentang kejadian itu.
Cikgu Ramlan segera membalut kaki Wendy. Cikgu Ramlan membawa Wendy ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Saya ke pondok telefon sekolah lalu mendial nombor rumah Wendy. Saya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu Wendy. Ibu bapa Wendy bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya.
Selepas kejadian itu, Cikgu Ramlan menasihati kami agar berhati-hati semasa menjalani latihan sukan. 

MODEL TAHUN 5-6
            Pada petang Rabu yang lalu, saya dan kawan-kawan sedang berlatih lompat tinggi. Kami berlatih lompat tinggi di padang sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi sukanan tahunan. Kami dilatih oleh Cikgu Ramlan yang bertugas pada hari itu.
Tiba-tiba, saya terdengar rakan saya, Wendy menjerit kesakitan. Rupa-rupanya, dia terjatuh semasa sedang melompat tinggi. Dia tidak terjatuh di atas tilam tetapi terjatuh di atas tanah.
Tanpa berlengah, saya dan kawan-kawan yang lain membantu mengangkat Wendy ke tepi padang. Kakinya terseliuh dan dia tidak boleh berjalan. Saya lantas memberitahu Cikgu Ramlan tentang kejadian itu.
Cikgu Ramlan memberikan bantuan segera dengan menyapu minyak urut lalu membalut kaki Wendy. Cikgu Ramlan membawa Wendy ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Saya berlari ke pondok telefon sekolah lalu mendial nombor rumah Wendy. Saya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu Wendy. Ibu dan bapa Wendy bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya.
Selepas kejadian itu, Cikgu Ramlan menasihati kami agar berhati-hati semasa menjalani latihan sukan. Malang tidak berbau dan kita mestilah sentiasa berwaspada.


CERITA - DIMASUKI PENCURI - LATIHAN KATA KERJA


Soalan: Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba...
Lengkapkan cerita di atas.

Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan 刚巧 tiada di rumah kerana bercuti 渡假 ke Sabah.
          Aku pun segera mengintai 窥视 melalui tingkap. Aku ternampak kelibat 人影 dua orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh mencurigakan令人怀疑.
          Aku segera ke bilik ayahku. Aku mengetuk pintu. Ayah keluar, aku terus memberitahu 告诉perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus mengintai窥视melalui tingkap. Aku mengesyaki 怀疑 mereka itu ialah pencuri. Ayah terus menelefon 拨电 polis.
          Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung 包围rumah jiranku. Aku dan ayah sekadar 仅仅 memerhati 注视melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu masuk 冲进 dan dapat memberkas 逮捕pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada aku dan ayah.

Isikan tempat kosong dengan KATA KERJA
Malam itu aku ________________ 阅读buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku ________________ bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan 刚巧 tiada di rumah kerana ________________ 渡假 ke Sabah.

          Aku pun segera ________________ 窥视 melalui tingkap. Aku ________________ kelibat 人影dua orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh ________________令人怀疑.
          Aku segera ke bilik ayahku. Aku ________________  pintu. Ayah keluar, aku terus ________________ 告诉perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus ________________ 窥视melalui tingkap. Aku ________________ 怀疑mereka itu ialah pencuri. Ayah terus ________________ 拨电 polis.
          Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka ________________ 包围rumah jiranku. Aku dan ayah sekadar 仅仅 ________________ 注视melalui tingkap bagaimana pihak polis ________________ masuk 冲进 dan dapat ________________ 逮捕pencuri tersebut. Pihak polis ________________ 说 terima kasih kepada aku dan ayah.

Thursday, October 10, 2019

KENANGAN PAHIT


        Detik pahit manis merupakan lumrah hidup. Setiap insan di dunia ini pasti pernah mengalami pengalaman pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan, tidak mengira sama ada peristiwa itu berlaku pada zaman kanak-kanak, remaja dewasa mahupun tua.
Namun, peristiwa pahit itu masih segar dalam ingatan aku seolah-olahnya berlaku semalam. Masa itu, aku baru berusia 7 tahun dan belajar di Tahun 1. Aku sedang bercuti di kampung datuk bersama sepupuku.
      Malam itu, datuk, nenek, aku dan sepupu sedang menonton rancangan televisyen. Pada masa itu, kami sedang menonton sebuah drama detektif X-Files yang begitu menarik. Jam dinding baru menunjukkan jam 9 malam. Sedang khusyuk menonton dan, tiba-tiba kami terdengar salakan anjing yang tidak berhenti-henti. Suara salakan anjing itu dating dari arah pintu utama. Dalam kenyaringan suara salakan anjing itu, kami juga terdengar bunyi desiran seakan desiran ular.
      Entah apa yang berlaku di luar sana? Tanpa melengahkan masa, datukku mengambil kayu dan membuka pintu dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba, ular itu menggeser masuk ke dalam rumah. Ular itu sangat besar. Kami pun menjerit ketakutan. Nenek dan sepupuku lari bertempiaran ke dalam bilik meninggalkan aku dan datuk. Kakiku menjadi kaku dan tidak erti bergerak kerana terlalu takut. Tanpa disedari, air mataku jatuh berderai. Melihat keadaan yang terdesak kerana aku dalam keadaan yang bahaya, datuk memberanikan diri dan terus memukul ular itu sekuat hatinya dan akhirnya ular itu pun mati.
      Datuk kemudian dibantu sepupu membawa bangkai ular itu untuk ditanam ke kawasan lapang berdekatan dengan dusun di belakang rumah. Aku dan nenek pula membersihkan darah ular tersebut. Peristiwa inilah merupakan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga akhir hayat. Tidak hairan juga, kadangkala aku masih bermimpi tentang peristiwa ini.  

Sambutan Hari Lahir – Kenangan yang Manis


Tanggal 28 Februari 2020, merupakan hari yang amat penting bagi aku. Pada hari itu, aku telah mengadakan majlis sambutan hari lahir aku yang ke-12 tahun. Aku dan ahli keluarga bangun awal untuk membuat persiapan untuk majlis itu.
Aku dan ahli keluarga bekerjasama mengemaskan rumah agar kelihatan bersih dan kemas. Ayah dan abang membantu menyusun meja dan kerusi untuk tetamu yang bakal tiba di bawah kanopi. Kakak-kakak sibuk menghiasi ruang tamu dan kanopi dengan belon dan reben berwarna-warni. Ruang tamu rumahku kelihatan begitu ceria kerana dihiasi dengan cantik sekali. Aku turut membantu ibu di dapur menyediakan air minuman asam boi limau kasturi. Makanan yang ditempah telah pun disusun dengan rapi di atas meja makan bi bawah kanopi. Antaranya, mihun goreng, ayam goreng, nuget, sosej, kuih-muih, dan buah-buahan.
Tidak lama kemudian, tetamu pun beransur datang ke rumah. Ayah telah mengundang ramai tetamu termasuklah rakan-rakan dan saudara-mara terdekat kami. Aku berpakaian baju baharu yang dibeli oleh ibu semasa menyambut kedatangan tetamu. Tetamu mengucapkan selamat hari lahir kepada aku sambil menghulurkan hadiah kepada aku. Mereka juga memuji aku kelihatan berseri-seri. Aku tersenyum sambil membalas dengan ucapan terima kasih.
Majlis pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu hari lahir, diikuti dengan doaanku sebelum meniupkan lilin. Kemudian aku memotong kek dengan sebilah pisau yang dihiasi dengan reben. Selepas itu, tetamu dijemput menjamu selera di bawah kanopi.
Selepas menikmati hidangan makanan dan minuman yang enak, aku mengajak rakan-rakan untuk bermain permainan yang telah disediakan. Lebih menarik, sambutan hari lahir aku pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran badut dan ahli silap mata. Kami semua terpesona melihat gelagat lucu badut dan persembahan ahli silap mata itu.
Pada pukul 5.00 petang, para tetamu beransur meninggalkan rumahku. Aku bersalam sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesudian meluangkan masa menghadiri majlis sambutan hari lahirku. 
Aku sangat bersyukur dan gembira kerana banyak menerima hadiah kegembiraan seperti buku cerita dan Lego. Aku mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama menjayakan majlis aku. Sambutan hari lahir pada tahun ini merupakan kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila. Alangkah baiknya kerana segala kenangan manis ini tercatat dalam kamera digital yang dipegang abang sepanjang majlis berlangsung.

Wednesday, September 18, 2019

Aku Sebuah Mesin Basuh


Aku Sebuah Mesin Basuh
Aku sebuah mesin basuh automatik model terbaharu tahun 2019. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga. Dengan adanya ciptaan aku ini, kerja pembersihan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah. Terdapat juga banyak kelebihan aku yang menarik ramai yang ingin memilikiku.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang yang bernama kilang elektronik Toshiba ini terletak di Banting, Selangor. Aku diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik dan alat-alat elektronik. Saiz badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan butang-butang arahan yang amat mudah difahami. Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih. Selepas siap dipasang, aku diperiksa dengan rapi agar tidak akan berlaku sebarang kerosakan.
Aku dihantar dari kilang dan dijual di sebuah kedai elektrik bernama Kedai Elektronik Sen Heng dengan harga RM2200. Harga itu agak mahal berbanding rakan aku yang berlainan jenama. Aku telah dipamerkan di ruang depan kedai untuk tatapan orang ramai yang lalu-lalang di kedai itu.
Pada suatu petang, datang seorang wanita berumur lingkungan 40-an ke kedai. Wanita itu meraba-raba badan aku dan meneliti brosur yang memperkenalkan fungsi aku. Wanita itu tertarik dengan fungsi istimewa aku iaitu dapat menjimatkan tenaga, air dan beroperasi secara senyap.  Selain itu, badan aku juga mengandungi satu sistem pengeringan turbo yang mampu memerah pakaian sehingga hampir kering dan tidak perlu menjemur pakaian terlalu lama. Dengan keistimewaan aku, akhirnya wanita yang bernama Puan Nora itu telah membeli aku.
Aku dihantar ke rumah Puan Nora dengan sebuah lori dan diletakkan di hadapan bilik air yang terletak di tingkat bawah rumah. Aku digunakan oleh tuan aku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setiap pagi. Tuan aku menggunakanku dengan begitu cermat.
Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh yang dapat berbakti kepada manusia. Aku berjanji akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan.


LATIHAN              Aku sebuah mesin basuh
Pendahuluan – sebuah mesin basuh – model terbaharu - berfungsi secara automatik – dilahirkan di seubah kilang di Pasir Gudang, Johor. – dihantar ke Selangor.
Isi – dibawa ke sebuah kedai barang-barang elektrik di Seri Kembangan – dipamerkan bersama rakan-rakanku – berlainan jenama – pelanggan – membeli barangan elektronik seperti televisyen, penghawa dingin, peti ais – rakan-rakanku yang sudah dibeli – melihat dengan sayu – mungkin – hargaku sangat mahal.
– Puan Rebekah – membelek-belek brosur tentang kecanggihan dan kehandalanku – berpuas hati – kapasiti yang lebih besar berbanding dengan mesin basuh yang lain – aku cekap dari segi operasi – beroperasi secara rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat.  – membuat pembayaran – dihantar oleh pekerja kedai ke rumah Puan Rebekah
– bermulalah tugas – sebagai mesin basuh – ahli keluarganya sangat ramai – memerlukan mesin basuh yang besar – bertugas dengan penuh dedikasi – tuan berpuasa hati – hasil kerja yang dapat membersihkan pakaian tanpa membuatkannya berkedut. 
Penutup – gembira dapat berkhidmat – keluarga Puan Rebekah – berjanji – menjalankan tugas – sebaik-baik mungkin

Aku Sebagai Lampu Suluh


Aku Sebagai Lampu Suluh
        Aku ialah lampu suluh LED berjenama Kingslite, dengan siri nombor ESH6226. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shen Zhen, China. Aku dengan saudara aku mempunyai rupa bentuk yang sama. Ada yang berlainan warna. Setelah siap, kami dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar melalui kapal kontena ke Malaysia.
        Selepas diperiksa kastam, aku telah dihantar ke Pasar Raya Aeon yang terletak di Taman Equine. Di sinilah, aku diletakkan bersama-sama dengan lampu suluh lain yang berbeza jenama dan bentuk. Setiap hari, ramai pelanggan yang datang pasar raya itu. Ada yang melihat-lihat sahaja dan ada yang memegang-megang aku.
     Suata hari, ada seorang lelaki datang bersama-sama anaknya. Dia memegang aku dan salah seorang rakan aku. Setelah memeriksa kami, dia akhirnya mengambil keputusan iaitu memilih aku. Aku dibawa ke kaunter pembayaran. Sebelum itu, aku telah dimasukkan tiga biji bateri AAA untuk memastikan aku berfungsi dengan baik.  Setelah berpuas hati dan membuat pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya.
       Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas kabinet yang berhampiran dengan pintu utama. Aku mendapati nama tuanku ialah Yoon Kong. Sepanjang aku berada di rumah itu, aku digunakan sewaktu bekalan elektrik terputus. Kadang-kadang, aku juga dibawa oleh Yoon Kong ke tempat dia memancing. Aku juga pasti dibawa bersama dan diletakkan di dalam kereta apabila Yoon Kong dan keluarganya ke suatu tempat yang jauh sebagai langkah keselamatan.
       Aku sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada keluarga Yoon Kong. Yoon Kong selalu menjaga aku dengan baik. Sekiranya, aku tidak berfungsi, dia akan menukarkan bateri di dalam badan aku. Aku akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan aku selagi hayat aku dikandung badan.

Wednesday, September 4, 2019

SAHABAT BAIK SAYA


Namanya, James. Seorang budak lelaki yang tinggi lampai dan selalu bermuka ceria. Dialah sahabat baik saya yang saya kenali sejak Tahun Satu. Kami rakan sebaya, sekelas dan setaman.
Setiap pagi, kami berdua berbasikal ke sekolah bersama. Kami juga berkongsi dan bertukar-tukar bekal makanan yang dibawa dari rumah pada waktu rehat. Hubungan kami baik seperti isi dengan kuku.
James seorang budak yang cerdik dan baik hati. Pencapaian akademik James amat cemerlang. Selain itu, James juga aktif dalam pasukan unit beruniform dan kokurikulum. James menyandang jawatan pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan kapten Rumah Sukan Kuning. James juga mewakili sekolah dalam acara lumba lari 100 meter. Dia sering dipuji oleh guru dan disenangi oleh semua rakan.
Kami banyak meluangkan masa lapang bersama-sama sama ada di rumah atau di luar. Kami gemar menonton filem. Namun, kami mempunyai cita rasa muzik yang agak beza. Saya yang mempelajari muzik sejak berusia lima tahun lebih gemar muzik klasikal manakala James lebih menggemari muzik pop. Walaupun begitu, kami tetap mendengar muzik bersama-sama untuk merehatkan minda setelah penat mengulang kaji pelajaran bersama. Dia sering berkongsi nota dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi mata pelajaran saya yang lemah.
Sebagai kawan karib, kami sering berkongsi isi hati dan impian. Saya ingin menjadi seorang artis dalam arena muzik manakala Min Hong ingin menjadi seorang peguambela yang membantu golongan yang tertindas. Kami berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kami.
Saya berasa amat bertuah kerana mempunyai seorang rakan, iaitu James, yang begitu cemerlang. Saya berharap persahabatan kami akan kekal abadi.

Friday, May 24, 2019

KARANGAN - Langkah-langkah untuk Meningkatan Semangat Kejiranan


Semangat kejiranan sudah semakin luntur dalam masyarakat sejak akhi-akhir ini. Pada pendapat anda, /Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini.


Semangat kejiranan merujuk semangat masyarakat setempat saling membantu terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian kita. Semangat ini merupakan sebahagian daripada amalan dan budaya yang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. Namun, belakangan ini, semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat kita. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif dan wajar harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan masing-masing. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Penglibatan semua pihak tanpa mengira kaum mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat akan terjalin melalui aktiviti-aktiviti rukun tetangga.
Selain itu, pelbagai majlis yang bercorak setempat harus diadakan dengan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu memperkukuh semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Tegasnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur melalui majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat yang sedar akan kepentingan memupuk semangat kejiranan pasti akan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Oleh itu, kerajaan sememangnya berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Pada masa yang sama, sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat agar tidak menggugat keharmonian hidup masyarakat. Jelaslah, sikap seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ harus dipraktikkan bagi memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa pendekatan yang dijelaskan tadi. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Jiran sepakat, membawa berkat.


KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...