Showing posts with label kepentingan. Show all posts
Showing posts with label kepentingan. Show all posts

Sunday, March 1, 2020

KEPENTINGAN HOBI - FAKTA


ULASAN - FAKTA

Kepentingan hobi 

     Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Terdapat banyak kebaikan jika seseorang mengamalkan hobi.

Antara kebaikan hobi ialah [mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah] seperti membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, hobi seperti berenang dan bermain badminton dapat [menyihatkan badan] kerana kita mengeluarkan peluh (toksik) dalam badan. Badan kita juga akan cergas dan otak menjadi cerdas . D samping itu, sewaktu melakukan aktiviti hobi, kita [dapat menambahkan kenalan] yang berkongsi hobi dengan kita. Akhir sekali, mengamalkan hobi seperti mendengar muzik dan melancong dapat [meredakan @ menghilangkan stres kerja atau pembelajaran].

Kesimpulannya, sesuatu hobi yang baik pasti membawa banyak kebaikan kepada kita.

[ ] - isi penting
@ - pilihan kata

Friday, May 24, 2019

KARANGAN - Langkah-langkah untuk Meningkatan Semangat Kejiranan


Semangat kejiranan sudah semakin luntur dalam masyarakat sejak akhi-akhir ini. Pada pendapat anda, /Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini.


Semangat kejiranan merujuk semangat masyarakat setempat saling membantu terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian kita. Semangat ini merupakan sebahagian daripada amalan dan budaya yang merupakan kebanggaan rakyat Malaysia. Namun, belakangan ini, semangat kejiranan semakin luntur dalam masyarakat kita. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif dan wajar harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan masing-masing. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Penglibatan semua pihak tanpa mengira kaum mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat akan terjalin melalui aktiviti-aktiviti rukun tetangga.
Selain itu, pelbagai majlis yang bercorak setempat harus diadakan dengan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu memperkukuh semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Tegasnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur melalui majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat yang sedar akan kepentingan memupuk semangat kejiranan pasti akan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Oleh itu, kerajaan sememangnya berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Pada masa yang sama, sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat agar tidak menggugat keharmonian hidup masyarakat. Jelaslah, sikap seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ harus dipraktikkan bagi memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa pendekatan yang dijelaskan tadi. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Jiran sepakat, membawa berkat.


Wednesday, May 8, 2019

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MASYARAKAT


     

Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin banyak orang menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan. Isu ini kerap diperkatakan dan terpapar luas di dada-dada akhbar dan media massa. Pada hakikatnya, isu ini merupakan isu yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap individu. Tepuk dada tanya selera. Marilah kita berbincang tentang kepentingan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.

Sebagai lontaran idea yang pertama, telefon bimbit boleh membantu kita berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang tinggal di tempat yang jauh. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan aplikasi dan laman sosial dalam telefon bimbit untuk berbual-bual dengan semua orang. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan aplikasi sperti ‘Messenger’, ‘Whatsapp’ dan ‘Skype. Dengan ini, kita boleh berhubung dengan orang lain dengan cara yang mudah.

Jika ditinjau dari aspek yang lain, telefon bimbit boleh membantu kita mencari data dan maklumat dengan mudah. Hal ini demikian kerana kita boleh mencari maklumat dalam telefon bimbit dengan menggunakan laman web seperti ‘Wikipedia’ dan ‘Goggle Chrome’ dengan beberapa klik sahaja. Dengan ini, kita boleh membuat kerja sekolah dan urusan dengan lebih efisien.
Jika ditinjau dari sudut yang lain, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan secara talian. Dengan ini, kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui aplikasi dalam telefon bimbit. Sebagai contoh, kita boleh membayar secara talian melalui laman ‘Maybank2u’ dan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti FPX dan PayPal. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, kerana kata peribahasa ‘masa itu emas’.
Sebagai penghias penutup bicara, kita juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam telefon bimbit. Hal ini demikian kerana terdapat banyak orang mencari pekerja dalam pelbagai laman web. Sebagai contoh, kita boleh mencari kerja dalam ‘Facebook’ dan ‘Wechat’ Dengan ini, kegiatan ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan kesan positif yang tiada penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan negatif. Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja menggunakan telefon bimbit dengan bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’ untuk memacukan negara kita ke mercu yang lebih tinggi.

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...