Aku Sebagai Lampu Suluh
Aku
ialah lampu suluh LED berjenama Kingslite, dengan siri nombor ESH6226. Aku
dilahirkan di sebuah kilang di Shen Zhen, China. Aku dengan saudara aku
mempunyai rupa bentuk yang sama. Ada yang berlainan warna. Setelah siap, kami
dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar melalui kapal kontena ke Malaysia.
Selepas
diperiksa kastam, aku telah dihantar ke Pasar Raya Aeon yang terletak di Taman
Equine. Di sinilah, aku diletakkan bersama-sama dengan lampu suluh lain yang
berbeza jenama dan bentuk. Setiap hari, ramai pelanggan yang datang pasar raya
itu. Ada yang melihat-lihat sahaja dan ada yang memegang-megang aku.
Suata
hari, ada seorang lelaki datang bersama-sama anaknya. Dia memegang aku dan salah
seorang rakan aku. Setelah memeriksa kami, dia akhirnya mengambil keputusan
iaitu memilih aku. Aku dibawa ke kaunter pembayaran. Sebelum itu, aku telah
dimasukkan tiga biji bateri AAA untuk memastikan aku berfungsi dengan
baik. Setelah berpuas hati dan membuat
pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya.
Setibanya
di rumah, aku diletakkan di atas kabinet yang berhampiran dengan pintu utama. Aku mendapati nama tuanku ialah Yoon
Kong. Sepanjang aku berada di rumah itu, aku digunakan sewaktu bekalan elektrik
terputus. Kadang-kadang, aku juga dibawa oleh Yoon Kong ke tempat dia memancing. Aku
juga pasti dibawa bersama dan diletakkan di dalam kereta apabila Yoon Kong dan keluarganya ke suatu
tempat yang jauh sebagai langkah keselamatan.
Aku
sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada keluarga Yoon Kong. Yoon Kong selalu
menjaga aku dengan baik. Sekiranya, aku tidak berfungsi, dia akan menukarkan
bateri di dalam badan aku. Aku akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
tuan aku selagi hayat aku dikandung
badan.
good
ReplyDelete