HOBI
SAYA
Chong Qie Cheng, 12
Semua orang mempunyai hobi. Saya
juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah bermain catur dan membaca.
Saya sukar bermain catur kerana
aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Saya juga bermain catur semasa saya
berasa bosan. Hobi saya ini juga
dapat mencerdaskan otak. Saya gemar
bermain catur dengan ahli keluarga agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Ayah saya yang mengajar saya bermain
catur. Saya sudah tahu bermain catur sejak berumur 7 tahun. Saya juga belajar teknik-teknik daripada sepupu
yang mahir dalam catur. Kadang-kadang, saya bermain catur dengan anak-anak
jiran yang sebaya untuk menjadi
lebih mahir.
Selain bermain catur, saya juga suka
membaca kerana membaca dapat menambah
ilmu. Saya suka membaca buku berkenaan alam flora dan fauna kerana maklumat
itu sangat menarik hati saya. Pada
masa lapang, saya membaca buku di bilik saya.
Kesimpulannya, semua orang mempunyai
hobi yang tersendiri. Kita mesti
memilih hobi kerana hobi dapat memberikan banyak manfaat.
Chew Pui Kei, 12
Hobi ialah aktiviti kegemaran kita.
Hobi juga boleh mengisi masa lapang. Hobi saya ialah membaca dan berkebun.
Mengapakah saya suka membaca? Saya
suka membaca kerana saya boleh menambahkan
ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap penulisan supaya mendapat keputusan
yang cemerlang.
Saya gemar membaca pelbagai bahan
bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita. Sejak berumur 4 tahun
lagi, saya sudah pandai membaca buku cerita, pada usia 7 tahun pula saya mula
membaca surat khabar setiap hari. Membaca surat khabar membolehkan saya mengetahui isu-isu semasa. Majalah berkebun
pula telah menjadi bahan bacaan pilihan saya sejak umur 9 tahun. Pada waktu
lapang, saya juga meminati buku
komik yang memaparkan banyak gambar
menarik yang dapat meningkatkan daya
kreativiti saya.
Selain membaca, saya juga gemar
menanam pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran. Aktiviti berkebun ini dapat menghijaukan dan menceriakan kawasan
persekitaran rumah serta mengurangkan
stres dan beban kerja sekolah. Menanam sayur-sayuran pula dapat menjimatkan wang perbelanjaan.
Hobi berkebun juga boleh menjadi
kerjaya saya. Saya ingin menjadi seorang ahli botani yang mencipta dan memperkenalkan teknik berkebun baharu kepada negara
kita. Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan
masa lapang saya dengan hobi-hobi saya ini.
No comments:
Post a Comment