Kata
|
Penggunaan
|
|
1
|
bangun
|
~ daripada tidur 睡醒;
~ daripada bangku 从凳起来; tepung ~ 面粉发起来; panaskan minyak yang beku ini supaya ~ 弄热凝固的油以便溶解 |
2
|
bekas
|
~ perdana menteri 前首相;
~ tapak kaki 脚印 ;
~ jari 手指印;
barang ~ 饰品;
|
3
|
berat
|
hukuman ~ 重罚; ~ sebelah 偏袒; ~ hati 不忍心/不舍得;
~ mulut 不爱说话的人; ~ tulang 懒惰 |
4
|
bijak
|
~ bersyarah 厉害演讲; langkah yang ~ 明智的步骤
|
5
|
cerah
|
cuaca ~ 天气晴朗; kulit ~ 白皙的肤色, muka ~ 脸色开朗; akal ~ 聪明
|
6
|
cetek
|
air sungai itu ~ 河水浅; pengetahuan yang ~ 知识浅薄
|
7
|
condong
|
tiang bendera telah ~ 旗杆歪了; matahari ~ ke barat 太阳倾西, ~ mempelajari sains daripada bahasa 倾向学习科学比起语文
|
8
|
diam
|
Budak itu ~ sahaja 那孩子静静而已; Kamu ~ di mana? 你住在哪里?
|
9
|
dingin
|
Hawa di Cameron Highlands ~ 金马仑高原气候冷;
sambutan yang ~ 冷清的接待; ~ hati 不高兴/冷淡; bersikap ~ terhadap saya 对我的态度冷淡 |
10
|
gugur
|
daun ~ 叶子掉落; rambut ~ 头发掉落; askar ~ dalam perang 士兵在战争中倒下; hak kena ~ 权利被撤除
|
11
|
halaman
|
= perkarangan 庭院 = muka surat 页
|
12
|
haus
|
= dahaga 口渴; ~ akan kasih sayang 渴望关爱; tapak kasut ~ 鞋底的纹路消磨掉了; bunga tayar ~ 轮胎的花纹被消磨掉了很多
|
Friday, May 10, 2019
KATA BANYAK MAKNA PENGGUNAAN
KATA BANYAK MAKNA 1
Wednesday, May 8, 2019
KEPENTINGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MASYARAKAT
Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah
kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin banyak orang
menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan. Isu ini kerap diperkatakan dan
terpapar luas di dada-dada akhbar dan media massa. Pada hakikatnya, isu ini
merupakan isu yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap individu. Tepuk
dada tanya selera. Marilah kita berbincang tentang kepentingan penggunaan
telefon bimbit kepada masyarakat.
Sebagai lontaran idea yang pertama, telefon
bimbit boleh membantu kita berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang
tinggal di tempat yang jauh. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan
aplikasi dan laman sosial dalam telefon bimbit untuk berbual-bual dengan semua
orang. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan aplikasi sperti ‘Messenger’,
‘Whatsapp’ dan ‘Skype. Dengan ini, kita boleh berhubung dengan orang lain
dengan cara yang mudah.
Jika ditinjau dari aspek yang lain, telefon
bimbit boleh membantu kita mencari data dan maklumat dengan mudah. Hal ini
demikian kerana kita boleh mencari maklumat dalam telefon bimbit dengan
menggunakan laman web seperti ‘Wikipedia’ dan ‘Goggle Chrome’ dengan beberapa
klik sahaja. Dengan ini, kita boleh membuat kerja sekolah dan urusan dengan
lebih efisien.
Jika ditinjau dari sudut yang lain, kita boleh
menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan secara talian. Dengan ini,
kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui
aplikasi dalam telefon bimbit. Sebagai contoh, kita boleh membayar secara
talian melalui laman ‘Maybank2u’ dan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti
FPX dan PayPal. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, kerana
kata peribahasa ‘masa itu emas’.
Sebagai penghias penutup bicara, kita juga
berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam telefon bimbit. Hal ini demikian
kerana terdapat banyak orang mencari pekerja dalam pelbagai laman web. Sebagai
contoh, kita boleh mencari kerja dalam ‘Facebook’ dan ‘Wechat’ Dengan ini,
kegiatan ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah
menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan
kesan positif yang tiada penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan
negatif. Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja
menggunakan telefon bimbit dengan bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab
bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’ untuk memacukan
negara kita ke mercu yang lebih tinggi.
CITA-CITA SAYA
Cita-cita Saya - Arkitek
“Sayang, Ibu bukannya inginkan Sayang
menjadi orang yang kaya, Ibu hanya doakan Sayang menjadi orang yang berguna.
Namun, Sayang tetap perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian
anda.” Kata-kata Ibu sering berkumandang dalam fikiran aku untuk mengingatkan
aku agar melunaskan tanggungjawab sebagai seorang warga yang mampu berbakti
kepada negara. Aku akan mengejar impian dan cita-cita aku ialah
menjadi seorang arkitek.
Minat bermain dengan permainan
‘Lego’ dan ‘Puzzle’ telah disemai sejak kecil lagi oleh Ayah. Seingat saya,
Ayah sering membelikan aku permainan-permainan yang cukup mencabar dan menguji
minda saya walaupun saya hanya berumur tiga tahun. Sejak itulah, saya tertarik
untuk menjadi seorang arkitek kerana saya sangat berminat mencipta dan membina
sesuatu. Lagipun, tugas seorang arkitek sangat mencabar dan memerlukan
kesungguhan dan ketekunan.
Saya
sangat seronok bermain permainan ‘Lego’. Dengan permainan itu, saya berupaya
membina apa sahaja yang saya ingin mengikut imaginasi saya. Kadang-kadang saya
membina kapal terbang, bangunan, kapal laut, robot dan bermacam-macam lagi.
Ketika saya berumur lapan tahun, saya telah dihadiahkan sekotak mainan ‘scale
model’ untuk membina model sebuah kapal. Saya begitu tertarik dengan hadiah
yang istimewa itu. Pada mulanya, saya berasa sangat susah hendak mencantumkan
bahagian-bahagian kapal itu supaya menjadi model sebuah kapal. Atas berkat
kesungguhan dan ketabahan, saya berjaya membina model kapal itu. Setelah
berjaya, model kapal itu saya letakkan sebagai perhiasan di bilik saya.
Minat saya bertambah lagi setelah saya
menemukan dua buah buku bertemakan pembinaan. Sebuah buku bertajuk Roberto,
The Insect Architect yang menggambarkan Roberto, seekor anai-anai,
yang sering diejek oleh koloni anai-anainya kerana dia ingin menjadi seorang
arkitek manakala satu buku lagi bertajuk ‘The Story of Buildings: From
the Pyramids to the Sydney Opera House and Beyond’ yang memberi
gambaran cukup teliti tentang setiap bahagian bangunan terkenal di dunia.
Setelah membaca kedua-dua buah buku tersebut, saya menjadi lebih yakin akan
cita-cita saya untuk menjadi seorang arkitek.
Saya
tahu untuk menjadi seorang arkitek, saya perlu mempunyai kelulusan yang baik
terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Untuk mencapai cita-cita
saya ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendalami lebih banyak buku
yang berkaitan dengan pembinaan agar saya menjadi lebih bersedia untuk berdepan
dengan cabaran yang bakal menanti.
Demi
memakbulkan matlamat hidup saya, saya perlu cemerlang dalam semua peperiksaan
dan terus belajar hingga ke universiti dalam jurusan seni bina. Setelah
memperoleh kelulusan kelak, saya berharap menjadi seorang arkitek yang berjaya
dan terkenal dengan adanya pencakar langit rekaan saya yang menjadi mercu tanda
di dunia ini.
AKU SEBATANG PENSEL 2B
Aku Sebatang Pensel
Aku
sebatang pensel. Aku dilahirkan bersama rakan-rakanku yang lain di sebuah
kilang yang membuat alat tulis. Kualiti kami berbeza-beza. Ada di antara
mereka tidak begitu tahan lama. Kami dilabelkan dengan pelbagai jenama dan
dikelaskan mengikut kekerasan grafit 根据石墨硬度berdasarkan kehendak pelanggan 根据客户的要求yang menempah 订购kami. Tubuhku diperbuat daripada kayu yang bermutu
tinggi 高品质dengan warna kuning keemasan bercampur hitam. Aku
dinamakan Pensel 2B yang memang popular 的确流行dalam kalangan murid-murid. Rakan-rakanku yang
lain ada yang bernama HB, 4B dan lain-lain.
Selepas
siap diperiksa kualiti被检查质量, aku dan
sebelas rakanku yang sama jenis dimasukkan dalam sebuah kotak. Rakan-rakanku
yang lain juga dimasukkan ke dalam kotak masing-masing sebelum dihantar ke
destinasi kami.
Tidak lama
kemudian, aku dan rakan-rakanku pun tiba di sebuah kedai buku dan dan
dipamerkan di atas rak. Aku dan rakan-rakanku disusun dengan kemas mengikut
kategori 根据类别masing-masing. Aku dipamerkan di bahagian luar
sekali kerana aku memang jenis yang popular.
Pada suatu
hari, aku telah dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat谨慎, namanya Mandy. Aku digunakan untuk menulis
diari Mandy. Setiap kali selepas aku digunakan, Mandy akan menyimpan aku di
dalam kotak pensel atas meja tulisnya. Aku dijaga dengan baik seperti
menatang minyak yang penuh 无微不至地照顾. Aku
sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik.
Selepas
seminggu aku digunakan, tubuhku semakin lama semakin pendek. Rupa-rupanya原来 hayatku 我的寿命memang
tidak panjang. Ini adalah kerana setiap kali mataku tumpul 钝, Mandy akan mengasah 削tubuhku sehingga tajam semula. Kini tubuhku
hanya sependek ibu jari 像拇指般短 dan memang
sukar digunakan lagi 的确难以使用.
Akhirnya, aku tidak dipedulikan lagi不再被理会kerana Mandy telah mempunyai pensel baharu. Aku
sedar aku telah kehilangan kuasa 失去能力, namun
aku tetap 还 gembira
kerana pernah berbakti 曾经贡献kepada
manusia.
AKU SEBATANG PEN
Aku Sebatang Pen
Aku sebatang pen
berjenama Pilot G5. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang
terkenal di Puchong, Selangor. Sebahagian badanku lut
sinar 透明. Darahku pula
berwarna merah.
Selepas aku
diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan
sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah
lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku sempat
berkenalan dengan ramai kawan yang baharu yang berlainan jenama seperti Pentel,
Faber-Castell, Papermate, Stabilo dan sebagainya.
Setibanya di kedai
alat tulis, aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di atas
rak khas untuk pen bersama dengan pen-pen yang berjenama dari luar negara
seperti Parker dan Muji. Di situ, aku telah berkenalan lagi dengan kawan
baharu. Selepas dibubuh tanda harga, kami pun menunggu tuan yang bakal datang
membeli kami dengan penuh kesabaran 充满耐心.
Pada suatu hari,
seorang wanita bernama Jasmine datang membeliku. Rupa-rupanya Jasmine merupakan
seorang guru. Jasmine selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda
buku-buku latihan murid-muridnya. Jasmine seorang guru yang berdedikasi dan
murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Jasmine akan meminjamkan
aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang
dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Jasmine. Dia sangat menyukai aku.
Jasmine menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak
yang penuh 无微不至地照顾.
Setiap kali selepas aku digunakan, aku pasti akan disimpan dengan baik.
Lama-kelamaan
darahku mulai kehabisan. Aku berasa sedih kerana aku tidak mampu berkhidmat
kepada Jasmine lagi. Alangkah terperanjatnya, aku telah ditukar darah baharu oleh
Jasmine pada suatu petang selepas dia pulang dari kedai buku. Aku ingat aku
akan dibuang dan diganti dengan pen yang baharu, rupa-rupanya darahku
boleh diisi semula (refill).
Aku berasa segar dengan darah baharu itu. Aku berasa bangga mempunyai tuan
yang sedar akan kepentingan guna semula 意识到重用回收的重要性.
Aku amat terharu 感动kerana aku tidak
dibuang selepas darahku habis. Kini, Jasmine masih menggunakan aku seperti
biasa untuk menyemak buku-buku latihan murid-muridnya. Saya berjanji selagi
hayatku dikandung badan只要我活着,
aku tetap akan berkhidmat untuk Jasmine.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin ban...
-
KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...
-
HOBI SAYA - BIOGRAFI Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Kita sering dipesan harus memanfaatkan masa lapang. Hobi s...