Wednesday, May 8, 2019

AKU SEBATANG PEN


Aku Sebatang Pen
Aku sebatang pen berjenama Pilot G5. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di Puchong, Selangor. Sebahagian badanku lut sinar 透明. Darahku pula berwarna merah.
Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku sempat berkenalan dengan ramai kawan yang baharu yang berlainan jenama seperti Pentel, Faber-Castell, Papermate, Stabilo dan sebagainya.
Setibanya di kedai alat tulis, aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di atas rak khas untuk pen bersama dengan pen-pen yang berjenama dari luar negara seperti Parker dan Muji. Di situ, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baharu. Selepas dibubuh tanda harga, kami pun menunggu tuan yang bakal datang membeli kami dengan penuh kesabaran 充满耐心
Pada suatu hari, seorang wanita bernama Jasmine datang membeliku. Rupa-rupanya Jasmine merupakan seorang guru. Jasmine selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Jasmine seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Jasmine akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Jasmine. Dia sangat menyukai aku. Jasmine menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh 无微不至地照顾. Setiap kali selepas aku digunakan, aku pasti akan disimpan dengan baik.
Lama-kelamaan darahku mulai kehabisan. Aku berasa sedih kerana aku tidak mampu berkhidmat kepada Jasmine lagi. Alangkah terperanjatnya, aku telah ditukar darah baharu oleh Jasmine pada suatu petang selepas dia pulang dari kedai buku. Aku ingat aku akan dibuang dan diganti dengan pen yang baharu, rupa-rupanya darahku boleh diisi semula (refill). Aku berasa segar dengan darah baharu itu. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang sedar akan kepentingan guna semula 意识到重用回收的重要性. Aku amat terharu 感动kerana aku tidak dibuang selepas darahku habis. Kini, Jasmine masih menggunakan aku seperti biasa untuk menyemak buku-buku latihan murid-muridnya. Saya berjanji selagi hayatku dikandung badan只要我活着, aku tetap akan berkhidmat untuk Jasmine.

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...