Wednesday, May 8, 2019

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MASYARAKAT


     

Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin banyak orang menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan. Isu ini kerap diperkatakan dan terpapar luas di dada-dada akhbar dan media massa. Pada hakikatnya, isu ini merupakan isu yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap individu. Tepuk dada tanya selera. Marilah kita berbincang tentang kepentingan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.

Sebagai lontaran idea yang pertama, telefon bimbit boleh membantu kita berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang tinggal di tempat yang jauh. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan aplikasi dan laman sosial dalam telefon bimbit untuk berbual-bual dengan semua orang. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan aplikasi sperti ‘Messenger’, ‘Whatsapp’ dan ‘Skype. Dengan ini, kita boleh berhubung dengan orang lain dengan cara yang mudah.

Jika ditinjau dari aspek yang lain, telefon bimbit boleh membantu kita mencari data dan maklumat dengan mudah. Hal ini demikian kerana kita boleh mencari maklumat dalam telefon bimbit dengan menggunakan laman web seperti ‘Wikipedia’ dan ‘Goggle Chrome’ dengan beberapa klik sahaja. Dengan ini, kita boleh membuat kerja sekolah dan urusan dengan lebih efisien.
Jika ditinjau dari sudut yang lain, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan secara talian. Dengan ini, kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui aplikasi dalam telefon bimbit. Sebagai contoh, kita boleh membayar secara talian melalui laman ‘Maybank2u’ dan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti FPX dan PayPal. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, kerana kata peribahasa ‘masa itu emas’.
Sebagai penghias penutup bicara, kita juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam telefon bimbit. Hal ini demikian kerana terdapat banyak orang mencari pekerja dalam pelbagai laman web. Sebagai contoh, kita boleh mencari kerja dalam ‘Facebook’ dan ‘Wechat’ Dengan ini, kegiatan ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan kesan positif yang tiada penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan negatif. Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja menggunakan telefon bimbit dengan bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’ untuk memacukan negara kita ke mercu yang lebih tinggi.

13 comments:

  1. Bagus..karangan yg gramatis..sila label isi penting.
    Iaitu lebih manfaat utk murid tahun 6

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biak pilah budak umur 8 tahun rasenye

      Delete
    2. orang yang bodoh adalah orang yang tak usaha sendiri..tak kabar diri tu bodoh cari lagi karangan lam google

      Delete
  3. Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin banyak orang menggunakan telefon bimbit dalam kehidupan. Isu ini kerap diperkatakan dan terpapar luas di dada-dada akhbar dan media massa. Pada hakikatnya, isu ini merupakan isu yang tidak patut dipandang enteng oleh setiap individu. Tepuk dada tanya selera. Marilah kita berbincang tentang kepentingan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.

    Sebagai lontaran idea yang pertama, telefon bimbit boleh membantu kita berhubung dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang tinggal di tempat yang jauh. Hal ini demikian kerana kita boleh menggunakan aplikasi dan laman sosial dalam telefon bimbit untuk berbual-bual dengan semua orang. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan aplikasi sperti ‘Messenger’, ‘Whatsapp’ dan ‘Skype. Dengan ini, kita boleh berhubung dengan orang lain dengan cara yang mudah.

    Jika ditinjau dari aspek yang lain, telefon bimbit boleh membantu kita mencari data dan maklumat dengan mudah. Hal ini demikian kerana kita boleh mencari maklumat dalam telefon bimbit dengan menggunakan laman web seperti ‘Wikipedia’ dan ‘Goggle Chrome’ dengan beberapa klik sahaja. Dengan ini, kita boleh membuat kerja sekolah dan urusan dengan lebih efisien.
    Jika ditinjau dari sudut yang lain, kita boleh menggunakan telefon bimbit untuk menguruskan urusan secara talian. Dengan ini, kita boleh membayar bil elektrik, bil air dan bayaran kad kredit melalui aplikasi dalam telefon bimbit. Sebagai contoh, kita boleh membayar secara talian melalui laman ‘Maybank2u’ dan perkhidmatan pembayaran yang lain seperti FPX dan PayPal. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, kerana kata peribahasa ‘masa itu emas’.
    Sebagai penghias penutup bicara, kita juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam telefon bimbit. Hal ini demikian kerana terdapat banyak orang mencari pekerja dalam pelbagai laman web. Sebagai contoh, kita boleh mencari kerja dalam ‘Facebook’ dan ‘Wechat’ Dengan ini, kegiatan ekonomi negara juga akan dapat ditingkatkan.
    Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah menggunakan telefon bimbit. Telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan kesan positif yang tiada penghujung, namun juga mungkin mengundang kesan negatif. Pada pendapat saya, ibu bapa dan pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan dan memastikan remaja menggunakan telefon bimbit dengan bijak. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama, persis kata peribahasa ‘muafakat membawa berkat’ untuk memacukan negara kita ke mercu yang lebih tinggi.

    ReplyDelete

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...