Friday, March 12, 2021

ULASAN - Memanfaatkan masa sepanjang tempoh PKP

 

Poster di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan. Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan.

Sumber : https://twitter.com/kempendidikan/status/1239804332633026567


Poster tersebut menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Antaranya kita boleh menonton televisyen atau bermain permainan tradisional seperti congkak dan Saidina bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, kita boleh membaca buku dan komik untuk mengurangkan stres. Seterusnya, kita juga boleh menolong ibu bapa mengemas rumah untuk meringankan beban mereka. Akhir sekali, kita boleh melakukan senaman ringan untuk menjaga kesihatan badan.

            Kesimpulannya, kita harus memanfaatkan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

ULASAN – Amalan Norma Baharu bagi Mencegah Jangkitan Wabak COVID-19

ULASAN – Amalan Norma Baharu bagi Mencegah Jangkitan Wabak COVID-19


Sumber: https://www.rtm.gov.my/index.php/terkini/pengumuman/4588-covid-19-elakkan-3s

           Rajah tersebut menunjukkan amalan normal baharu bagi mencegah jangkitan wabak COVID-19.

Antaranya ialah mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap membasuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema dengan menggunakan air dan sabun. Selain itu, kita perlu menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter kerana virus ini mudah tersebar dan menyerang organ pernafasan orang yang dekat. Kita juga perlu memakai penutup hidup dan mulut di tempat awam untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Kesimpulannya, semua orang perlu menjalankan tanggungjawab bagi mengekang penyakit ini daripada merebak.

  

ULASAN – Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 di Sekolah

 

ULASAN – Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 di Sekolah


Sumber:  https://pkkbeaufort.moh.gov.my/index.php

Poster tersebut menunjukkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di sekolah.

          Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman atau disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti kerusi, meja, tombol pintu dan papan kekunci komputer. Sekiranya terdapat warga sekolah yang telah disahkan positif COVID-19, sekolah tidak perlu ditutup. Namun, sekolah haruslah kerap melakukan nyahkuman. Warga sekolah mesti menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer. Warga sekolah haruslah mengamalkan penjarakan satu meter dengan orang di sekeliling terutama bagi mereka yang bergejala. Setiap murid harus memakai penutup mulut dan hidung untuk mengurangkan risiko menjangkiti COVID-19.

            Kesimpulannya, kerjasama semua rakyat amat diperlukan untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 agar negara kita kembali aman dan sejahtera.

Thursday, March 11, 2021

CATATAN - Hari Persekolahan Dalam Talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

CATATAN – Hari Persekolahan Dalam Talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

7.00 pagi

Saya bangun awal seperti biasa. Selepas bersarapan, saya membuka komputer untuk bersedia mengikuti kelas Google Meet bersama guru di sekolah.

7.30 pagi

Waktu persekolahan bermula dengan mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Cikgu Zaki. Cikgu Zaki mengajar beberapa peribahasa yang penting dan kerap digunakan dalam penulisan karangan.

9:00 pagi

Saya memulakan kelas luar talian dan mengakses latihan yang telah dipaparkan di dalam Google Classroom. Saya menjawab soalan dengan teliti dan merujuk kepada kamus jika terdapat perkataan yang saya tidak faham. 

10.00 pagi

Waktu rehat selama 20 minit seperti dahulu. Saya makan sandwich yang disediakan oleh ibu yang kini “Work from Home”. Kami makan bersama-sama sambil berbual-bual.

10:20 pagi

Alangkah nasib baik hari ini kerana kelas-kelas seterusnya dapat berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan Internet. Saya menumpukan sepenuh perhatian dalam setiap kelas.

12:50 tengah hari

Sesi persekolahan hari ini telah tamat dan saya pun makan tengah hari bersama ibu dan ayah. Ayah telah pulang ke rumah selepas menghadiri perjumpaan khas bersama pegawai yang penting.

2:30 petang

Selepas berehat seketika, saya meneruskan pembelajaran saya bersama Cikgu Hoh untuk menambahbaik Bahasa Melayu saya. Saya ingin mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya perlu terus berusaha agar dapat mencapai matlamat saya ini. Sesi ini, Cikgu Hoh mengajarkan saya teknik menjawab soalan-soalan Bahagian B.

6:00 petang.

Selepas mandi dan makan malam, kami sekeluarga menonton drama kegemaran di ruang tamu untuk berhibur.

8.00 malam

Kami menonton berita terkini untuk mengetahui maklumat terkini tentang COVID-19. Ayah berpesan kepada saya dan adik agar mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kami dibenarkan pulang ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran.

9.30 malam

Seperti biasa, selepas membersihkan diri, saya dan adik membaca buku cerita kegemaran sebelum masuk tidur.

 

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI - PKP sepanjang COVID-19

 

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 私函

                                                                                                               

                                                                                                                          1, Jalan Equine 1,

                                                                                                              Taman Equine,

                                                                                                              43300 Seri Kembangan,

                                                                                                                          Selangor Darul Ehsan.

 

                                                                                                                          14 Mac 2021.

 

Menemui sahabatku, Ginnie Wong yang kini berada di Melbourne, semoga sihat sejahtera di samping keluarga. Saya di sini sihat-sihat sahaja.

Saudari,

           Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kehidupan saya dan keluarga sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lepas.

            Kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua warganegara dan sesiapa yang berada di dalam negara Malaysia. Sejak 18 Mac 2020, saya dan adik tidak lagi ke sekolah dan terpaksa mengikuti kelas dalam talian kerana sekolah telah tutup.

          Pada waktu pagi, saya akan mengikuti kelas Google Meet dan Google Classroom yang diajar oleh guru-guru sekolah. Pada waktu petang, saya pula mengikuti sesi tuisyen bersama guru lain melalui Zoom. Kadang-kadang, perkhidmatan Internet tidak stabil dan menyebabkan saya dan adik tidak dapat mendengar pengajaran guru dengan jelas. Tapi, kami tetap menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

         Ibu dan ayah saya pun tidak dapat keluar bekerja dan hanya “Work From Home”. Setiap keluarga hanya dibenarkan seorang untuk keluar membeli makanan dan barangan keperluan.

        Pada waktu lapang, kami sekeluarga hanya menonton televisyen bersama-sama untuk untuk berhibur dan meringankan stres. Kadang-kadang, kami juga bermain permainan tradisional seperti congkak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

          Pada waktu petang, kami sekeluarga hanya melakukan senaman ringan di halaman rumah kerana kami tidak dibenarkan ke padang permainan di kawasan perumahan kami.

            Pada awal bulan Mac tahun ini, kes COVID-19 menunjukkan pengurangan di negara saya, kami telah dibenarkan pulang ke sekolah dengan mematuhi SOP yang ketat. Bagaimana pula keadaan saudari di sana? Semoga COVID-19 tidak serius di tempat saudari.  

        Setakat ini sahaja surat saya buat kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam lembaran lain. Sampaikan salam daripada saya kepada keluarga saudari. Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                                                Sahabatmu,

                                                                                                                                                Jasmine

           

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...