SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 私函
1, Jalan Equine 1,
Taman
Equine,
43300
Seri Kembangan,
Selangor
Darul Ehsan.
14
Mac 2021.
Menemui sahabatku, Ginnie
Wong yang kini berada di Melbourne, semoga sihat sejahtera di samping keluarga.
Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan
kehidupan saya dan keluarga sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lepas.
Kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada
semua warganegara dan sesiapa yang berada di dalam negara Malaysia. Sejak 18
Mac 2020, saya dan adik tidak lagi ke sekolah dan terpaksa mengikuti kelas dalam
talian kerana sekolah telah tutup.
Pada waktu pagi, saya akan mengikuti kelas Google Meet
dan Google Classroom yang diajar oleh guru-guru sekolah. Pada waktu petang,
saya pula mengikuti sesi tuisyen bersama guru lain melalui Zoom. Kadang-kadang,
perkhidmatan Internet tidak stabil dan menyebabkan saya dan adik tidak dapat
mendengar pengajaran guru dengan jelas. Tapi, kami tetap menumpukan perhatian
dalam pembelajaran.
Ibu dan ayah saya pun tidak dapat keluar bekerja dan
hanya “Work From Home”. Setiap keluarga hanya dibenarkan seorang untuk keluar
membeli makanan dan barangan keperluan.
Pada waktu lapang, kami sekeluarga hanya menonton televisyen
bersama-sama untuk untuk berhibur dan meringankan stres. Kadang-kadang, kami
juga bermain permainan tradisional seperti congkak untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Pada waktu petang, kami sekeluarga hanya melakukan senaman
ringan di halaman rumah kerana kami tidak dibenarkan ke padang permainan di
kawasan perumahan kami.
Pada awal bulan Mac tahun ini, kes COVID-19 menunjukkan pengurangan
di negara saya, kami telah dibenarkan pulang ke sekolah dengan mematuhi SOP
yang ketat. Bagaimana pula keadaan saudari di sana? Semoga COVID-19 tidak serius
di tempat saudari.
Setakat ini sahaja surat saya buat kali ini. Semoga berjumpa
lagi dalam lembaran lain. Sampaikan salam daripada saya kepada keluarga
saudari. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Jasmine
No comments:
Post a Comment