CATATAN – Hari Persekolahan Dalam
Talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
7.00 pagi
Saya bangun awal seperti biasa. Selepas bersarapan, saya membuka
komputer untuk bersedia mengikuti kelas Google Meet bersama guru di sekolah.
7.30 pagi
Waktu persekolahan bermula dengan mata pelajaran Bahasa Melayu
oleh Cikgu Zaki. Cikgu Zaki mengajar beberapa peribahasa yang penting dan kerap
digunakan dalam penulisan karangan.
9:00 pagi
Saya memulakan kelas luar talian dan mengakses latihan yang
telah dipaparkan di dalam Google Classroom. Saya menjawab soalan dengan teliti
dan merujuk kepada kamus jika terdapat perkataan yang saya tidak faham.
10.00 pagi
Waktu rehat selama 20 minit seperti dahulu. Saya makan sandwich yang
disediakan oleh ibu yang kini “Work from Home”. Kami makan bersama-sama sambil
berbual-bual.
10:20 pagi
Alangkah nasib baik hari ini kerana kelas-kelas seterusnya dapat
berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan Internet. Saya menumpukan
sepenuh perhatian dalam setiap kelas.
12:50 tengah hari
Sesi persekolahan hari ini telah tamat dan saya pun makan tengah
hari bersama ibu dan ayah. Ayah telah pulang ke rumah selepas menghadiri
perjumpaan khas bersama pegawai yang penting.
2:30 petang
Selepas berehat seketika, saya meneruskan pembelajaran saya
bersama Cikgu Hoh untuk menambahbaik Bahasa Melayu saya. Saya ingin mendapat A
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya perlu terus berusaha agar dapat
mencapai matlamat saya ini. Sesi ini, Cikgu Hoh mengajarkan saya teknik
menjawab soalan-soalan Bahagian B.
6:00 petang.
Selepas mandi dan makan malam, kami sekeluarga menonton drama
kegemaran di ruang tamu untuk berhibur.
8.00 malam
Kami menonton berita terkini untuk mengetahui maklumat terkini
tentang COVID-19. Ayah berpesan kepada saya dan adik agar mematuhi segala
Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kami dibenarkan pulang ke sekolah untuk
mengikuti sesi pembelajaran.
9.30 malam
Seperti biasa, selepas membersihkan diri, saya dan adik membaca
buku cerita kegemaran sebelum masuk tidur.
No comments:
Post a Comment