Saturday, December 28, 2019

KELAS BM MINGGU 1 - 04012020 BIOGRAFI

KARANGAN - DIRI SAYA

新的学年,让我们从新认识自己。
写一些能让大家认识你是谁的好句子。
要有独特性的内容,不然作文就千篇一律。


Nama saya Ryan Low Zhen Fung. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2009. Tahun ini, saya berumur 11 tahun. Saya ialah anak tunggal. 

Bapa saya seorang usahawan. Ibu saya pula pengurus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Saya juga tinggal bersama dengan datuk saya. Saya amat menyayangi mereka bertiga. Keluarga kami sederhana tetapi bahagia.
Sekarang saya belajar dalam Tahun Lima di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 2. Saya pergi ke sekolah dengan menaiki van sekolah.
Di sekolah, saya disenangi oleh para guru dan rakan kerana sikap saya yang rendah diri dan berbudi bahasa. Saya juga dikenali ramai kerana sering mewakili sekolah dalam menyertai pertandingan syarahan dan robotik. Saya juga aktif dalam sukan. Saya merupakan juara dalam acara lumba lari 100 meter.
Pada waktu lapang, saya suka membaca buku cerita terutamanya buku berkenaan detektif dan pengembaraan. Idol saya ialah Sherlock Holmes dan Arthur Conan Doyle. Saya juga gemar bermain piano kerana saya belajar piano sejak berumur 4 tahun. Saya juga gemar mendengar lagu klasikal jika saya rasa tertekan. Saya tidak suka membazir masa. Masa lapang saya juga diisi dengan bermain badminton dengan anak-anak jiran.
Saya bercita-cita untuk menjadi wartawan yang terkenal apabila dewasa. Saya ingin melaporkan fenomena yang ajaib dan juga kejadian-kejadian ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat untuk pengetahuan semua orang. Oleh itu, saya harus rajin belajar dan banyak membaca untuk merealisasikan impian saya ini.

KOSA KATA / FRASA KATA lain
Anak bongsu
Anak sulung
Anak ketiga
Menumpang kereta jiran
Menaiki bas
Berbasikal = menunggang basikal
Bersopan santun
Rajin membantu
Melukis
Menulis kaligrafi
Memancing
Menyelesaikan teka-teki
Menonton filem
Mengambil gambar

KARANGAN - KELUARGA SAYA
Keluarga saya tidak ramai anggotanya. Bapa saya seorang usahawan manakala ibu saya seorang pengurus di hospital. Kami juga tinggal bersama datuk saya. Keluarga saya tidaklah kaya tetapi bahagia.
Kami sekeluarga berkongsi minat yang sama. Kami suka melancong. Kami sering melancong ke sana sini. Menatap gambar-gambar dalam album, saya telah menjejak ke hampir seluruh semenanjung Malaysia dengan menaiki kereta ayah dalam tempoh 10 tahun. Kami juga telah mendaki Gunung Kinabalu di Sabah dan meninjau kecantikan bunga Rafflesia di Sarrawak. Negara Thai, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Australia juga merupakan antara negara yang pernah kami jejak kaki. Banyak pengalaman yang telah kami timba sepanjang perjalanan. Memang betul kata orang, "jauh perjalanan, luas pemandangan". 
Keluarga saya juga gemar berkebun. Datuk saya merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah sebelum beliau bersara. Di halaman rumah kami, terdapat sebuah taman yang tidaklah besar tetapi cukup unik. Dalam taman ini, terdapat sebuah kolam ikan buatan datuk saya sendiri. Kami telah mendirikan sebuah para untuk tanaman markisa yang hidup menjalar. Ibu pula gemar menanam orkid yang turut ditanam di salah satu penjuru para itu. Saya gemar menanam tomato ceri dan cili padi. Bapa saya pula menanam sayur seperti sawi dan lobak di tapak tanah yang subur. Kami sekeluarga meluangkan masa hujung minggu untuk memastikan taman kita kemas dan bersih. Kami seronok bersembang sambil bekerja.
Kami juga peminat filem. Kami akan menonton filem terbaharu di pawagam atau melalui saluran TV berbayar Netflix. Genre filem kegemaran kami walaupun berlainan tetapi kami tetap menonton bersama untuk mengeratkan hubungan sesama kami sekeluarga.
Ibu bapa saya juga merupakan sukarelawan bagi sebuah badan NGO. Mereka sering membawa saya bersama untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti amal seperti Kempen Derma Darah, Kempen Kitar Semula, dan lain-lain.
Saya memang berasa bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Semoga kegembiraan kami berpanjangan buat selama-lamanya.




KELAS BM 07122019

TEMA: SEMANGAT KEKELUARGAAN
BINA AYAT

KELUARGA BAHAGIA KELUARGA HARMONI [OXFORD FAJAR SPOT ON ms 2]
1. Kita boleh menonton televisyen bersama-sama ahli keluarga agar dapat merapatkan hubungan antara satu sama dengan yang lain.
2. Kita boleh bergotong-royong membersihkan kawasan rumah supaya kawasan rumah sentiasa bersih dan indah.
3. Kita hendaklah meluangkan masa untuk makan bersama dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Kita patutlah melakukan aktiviti riadah untuk menyihatkan badan bersama-sama ahli keluarga agar dapat mengeratkan silaturahim.
5. Kita perlulah membawa ahli keluarga berkelah pada waktu lapang untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

TIP BAHASA
1. bersama dengan ahli keluarga (BETUL)
    bersama-sama ahli keluaraga (BETUL)
    bersama-sama dengan ahli keluarga (SALAH)
2. antara satu sama dengan lain 互相(没有提及人物)
    sesama ahli keluarga 与家人相互(提及人物)

FRASA MENARIK
1. sekurang-kurangnya seminggu sekali 至少一星期一次
2. merapatkan hubungan 使关系密切
3. mengeratkan silaturahim 加强友谊
4. menyihatkan badan 使身体健康 (取代 badan menjadi sihat)

Cara lain untuk memupuk hubungan kekeluargaan
1. mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga 在家庭中实践爱的价值观
2. saling menghormati sesama ahli keluarga untuk mengelakkan konflik keluarga 互相尊重家人以避免家庭冲突
3. kesihatan dan keselamatan anggota keluarga terjamin 保证家庭成员的健康和安全

KATA BANYAK MAKNA - TOLAK
1. 推  “Jangan tolak, jalan perlahan-lahan," pesan ibu kepada adik.
2. 拒绝 "Maaf, aku terpaksa tolak jemputan kamu," kata Ryan kepada James.
3. 减 "Apakah jawapan bagi 99 tolak 15?" tanya Cikgu Hoh kepada muridnya. / Markah aku kena tolak kerana banyak kesalahan tatabahasa.
由于,意思是动词(未加Imbuhan MeN-),所以造句就必须使 ayat pasif, ayat cakap ajuk。

KELAS BM 28122019

BINA AYAT
AMALAN BUDI BAHASA [OXFORD FAJAR SPOT ON ms 3]
1. Kita hendaklah memimpin orang buta melintas jalan supaya dia dapat melintas jalan dengan selamat.
2. Kita perlulah melawat rakan yang sakit di hospital untuk memelihara hubungan persahabatan.
3. Kita perlulah memberikan makanan atau buah-buahan kepada jiran kita untuk mengukuhkan semangat kejiranan
4. Kita perlulah saling membantu dan bekerjasama dengan jiran tetangga dalam menjaga kebersihan kawasan kediaman kita.
5. Kita haruslah mempraktikkan amalan kunjung-mengunjungi pada musim perayaan agar hubungan sesama jiran akan bertambah erat.

AYAT YANG MANTAP & BERKUALITI
1. 用不同的KATA BANTU: hendak, perlu, harus
2. 延伸句子用了不同的KATA HUBUNGAN & KATA SENDI: supaya, agar, untuk, pada, dalam
3.用了两个不同的词汇表达“互相” - saling membantu 互相帮助 & kunjung-mengunjungi 互相拜访
4. 正确的词汇
a. memimpin orang buta 牵着盲人
b. memelihara hubungan persahabatan 保持友好关系
  [ memupuk hubungan persahabatan 增进友情]
c. mengukuhkan semangat kejiranan 巩固睦邻精神
d. mempraktikkan amalan 实践习惯
5. hubungan sesama jiran邻居的关系

Simpulan Bahasa / Frasa Tambahan
1. Buta huruf - 文盲
2. Celik IT - 懂科技
3. Tangan terbuka - 张开手,以示欢迎

SIMPULAN BAHASA BERKAITAN HAIWAN
1. lipas kudung - 做事或动作快
2. tahi lalat - 痣
3. hati tikus - 胆小者
4. nyawa-nyawa ikan - 奄奄一息
5. ajak-ajak ayam - 不诚意的邀请
6. mati katak - 死得没价值
7. cacing kepanasan - 热锅上的蚂蚁~意思:形容心里烦躁、焦急, 坐立不安的样子。
8. ulat buku 书呆子~意思:指死读书;一般指只读书而不会用书上的知识变通的人。

FAKTA KARANGAN 
ISI PENTING
CARA menjadi MURID yang CEMERLANG
1. memberi perhatian sewaktu guru mengajar
2. rajin bertanya kepada guru jika tidak faham
3. mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan
4. berbincang dan berkongsi idea dengan rakan
5. banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan



KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...