Saturday, December 28, 2019

KELAS BM 07122019

TEMA: SEMANGAT KEKELUARGAAN
BINA AYAT

KELUARGA BAHAGIA KELUARGA HARMONI [OXFORD FAJAR SPOT ON ms 2]
1. Kita boleh menonton televisyen bersama-sama ahli keluarga agar dapat merapatkan hubungan antara satu sama dengan yang lain.
2. Kita boleh bergotong-royong membersihkan kawasan rumah supaya kawasan rumah sentiasa bersih dan indah.
3. Kita hendaklah meluangkan masa untuk makan bersama dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Kita patutlah melakukan aktiviti riadah untuk menyihatkan badan bersama-sama ahli keluarga agar dapat mengeratkan silaturahim.
5. Kita perlulah membawa ahli keluarga berkelah pada waktu lapang untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

TIP BAHASA
1. bersama dengan ahli keluarga (BETUL)
    bersama-sama ahli keluaraga (BETUL)
    bersama-sama dengan ahli keluarga (SALAH)
2. antara satu sama dengan lain 互相(没有提及人物)
    sesama ahli keluarga 与家人相互(提及人物)

FRASA MENARIK
1. sekurang-kurangnya seminggu sekali 至少一星期一次
2. merapatkan hubungan 使关系密切
3. mengeratkan silaturahim 加强友谊
4. menyihatkan badan 使身体健康 (取代 badan menjadi sihat)

Cara lain untuk memupuk hubungan kekeluargaan
1. mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga 在家庭中实践爱的价值观
2. saling menghormati sesama ahli keluarga untuk mengelakkan konflik keluarga 互相尊重家人以避免家庭冲突
3. kesihatan dan keselamatan anggota keluarga terjamin 保证家庭成员的健康和安全

KATA BANYAK MAKNA - TOLAK
1. 推  “Jangan tolak, jalan perlahan-lahan," pesan ibu kepada adik.
2. 拒绝 "Maaf, aku terpaksa tolak jemputan kamu," kata Ryan kepada James.
3. 减 "Apakah jawapan bagi 99 tolak 15?" tanya Cikgu Hoh kepada muridnya. / Markah aku kena tolak kerana banyak kesalahan tatabahasa.
由于,意思是动词(未加Imbuhan MeN-),所以造句就必须使 ayat pasif, ayat cakap ajuk。

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...