Thursday, May 23, 2019

KARANGAN

KARANGAN - Pengalaman Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya


Satu dentuman yang kuat mengejutkan aku. Aku segera bangun menuju ke arah tingkap untuk meninjau apa yang berlaku. Aku nampak sebuah lori melanggar sebatang pokok besar. Beberapa orang penduduk kampong mula mengerumuni tempat kejadian.
Aku mengambil keputusan untuk ke tempat kejadian selepas membuat panggilan kecemasan. Aku ingin membantu mangsa kemalangan. Aku tiba di situ dan aku nampak pemandu lori masih tersepit di dalam lori. Seorang lelaki menghubungi pihak polis dan bomba.
Penduduk kampung tidak dapat mengeluarkan pemandu lori yang tersepit itu. Tidak lama kemudian, pihak polis dan bomba pun tiba. Pihak polis membantu melancarkan perjalanan yang sesak. Pihak bomba pula, berusaha mengeluarkan mangsa dari lori.
Pemandu lori itu dikejar ke hospital yang berhampiran. Jalan itu ditutup buat sementara untuk kerja-kerja pembersihan. Aku sudah biasa melihat kemalangan di situ. Selekoh yang tajam itu telah menyebabkan ramai pemandu yang hilang kawalan, lalu terbabas. 
Tidak lama kemudian, pihak polis membuka jalan itu semula. Lalu-lintas kembali normal. Kemalangan yang berlaku benar-benar menginsafkan aku agar kepentingan keselamatan sewaktu menggunakan jalan raya. Namun, pemandu masih tidak sedar akan bahaya memandu laju.
Aku sedih melihat pemandu lori itu. Namun, dia bernasib baik kerana terselamat. Semoga dia akan lebih berhati-hati memandu kelak. Malang tidak berbau. Entah bilalah pihak berkuasa akan mengambil tindakan bagi mengelakkan kes sebegitu daripada berulang lagi? Aku juga berdoa agar tiada lagi kemalangan yang berlaku di situ.

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...