Wednesday, September 4, 2019

SAHABAT BAIK SAYA


Namanya, James. Seorang budak lelaki yang tinggi lampai dan selalu bermuka ceria. Dialah sahabat baik saya yang saya kenali sejak Tahun Satu. Kami rakan sebaya, sekelas dan setaman.
Setiap pagi, kami berdua berbasikal ke sekolah bersama. Kami juga berkongsi dan bertukar-tukar bekal makanan yang dibawa dari rumah pada waktu rehat. Hubungan kami baik seperti isi dengan kuku.
James seorang budak yang cerdik dan baik hati. Pencapaian akademik James amat cemerlang. Selain itu, James juga aktif dalam pasukan unit beruniform dan kokurikulum. James menyandang jawatan pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan kapten Rumah Sukan Kuning. James juga mewakili sekolah dalam acara lumba lari 100 meter. Dia sering dipuji oleh guru dan disenangi oleh semua rakan.
Kami banyak meluangkan masa lapang bersama-sama sama ada di rumah atau di luar. Kami gemar menonton filem. Namun, kami mempunyai cita rasa muzik yang agak beza. Saya yang mempelajari muzik sejak berusia lima tahun lebih gemar muzik klasikal manakala James lebih menggemari muzik pop. Walaupun begitu, kami tetap mendengar muzik bersama-sama untuk merehatkan minda setelah penat mengulang kaji pelajaran bersama. Dia sering berkongsi nota dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi mata pelajaran saya yang lemah.
Sebagai kawan karib, kami sering berkongsi isi hati dan impian. Saya ingin menjadi seorang artis dalam arena muzik manakala Min Hong ingin menjadi seorang peguambela yang membantu golongan yang tertindas. Kami berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kami.
Saya berasa amat bertuah kerana mempunyai seorang rakan, iaitu James, yang begitu cemerlang. Saya berharap persahabatan kami akan kekal abadi.

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...