新的学年,让我们从新认识自己。
写一些能让大家认识你是谁的好句子。
要有独特性的内容,不然作文就千篇一律。
Nama saya Ryan Low Zhen Fung. Saya dilahirkan di
Kuala Lumpur pada 8 Januari 2009. Tahun ini, saya berumur 11 tahun. Saya ialah
anak tunggal.
Bapa saya seorang usahawan. Ibu saya pula
pengurus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Saya juga tinggal bersama
dengan datuk saya. Saya amat menyayangi mereka bertiga. Keluarga kami sederhana
tetapi bahagia.
Sekarang saya belajar dalam Tahun Lima di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 2. Saya pergi ke sekolah dengan
menaiki van sekolah.
Di sekolah, saya disenangi oleh para guru dan
rakan kerana sikap saya yang rendah diri dan berbudi bahasa. Saya juga
dikenali ramai kerana sering mewakili sekolah dalam menyertai pertandingan
syarahan dan robotik. Saya juga aktif dalam sukan. Saya merupakan juara dalam
acara lumba lari 100 meter.
Pada waktu lapang, saya suka membaca buku cerita
terutamanya buku berkenaan detektif dan pengembaraan. Idol saya ialah Sherlock
Holmes dan Arthur Conan Doyle. Saya juga gemar bermain piano kerana saya
belajar piano sejak berumur 4 tahun. Saya juga gemar mendengar lagu klasikal
jika saya rasa tertekan. Saya tidak suka membazir masa. Masa lapang saya juga
diisi dengan bermain badminton dengan anak-anak jiran.
Saya bercita-cita untuk menjadi wartawan yang
terkenal apabila dewasa. Saya ingin melaporkan fenomena yang ajaib dan juga
kejadian-kejadian ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat untuk pengetahuan
semua orang. Oleh itu, saya harus rajin belajar dan banyak membaca untuk merealisasikan
impian saya ini.
KOSA KATA / FRASA KATA lain
Anak bongsu
Anak sulung
Anak ketiga
Menumpang kereta jiran
Menaiki bas
Berbasikal = menunggang basikal
Bersopan santun
Rajin membantu
Melukis
Menulis kaligrafi
Memancing
Menyelesaikan teka-teki
Menonton filem
Mengambil gambar
KARANGAN - KELUARGA SAYA
Keluarga saya tidak
ramai anggotanya. Bapa saya seorang usahawan manakala ibu saya seorang pengurus
di hospital. Kami juga tinggal bersama datuk saya. Keluarga saya tidaklah kaya
tetapi bahagia.
Kami sekeluarga
berkongsi minat yang sama. Kami suka melancong. Kami sering melancong ke sana
sini. Menatap gambar-gambar dalam album, saya telah menjejak ke hampir seluruh
semenanjung Malaysia dengan menaiki kereta ayah dalam tempoh 10 tahun. Kami juga telah mendaki Gunung Kinabalu di Sabah dan meninjau kecantikan bunga Rafflesia di Sarrawak. Negara Thai, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Australia juga merupakan antara negara yang pernah kami jejak kaki. Banyak
pengalaman yang telah kami timba sepanjang perjalanan. Memang betul kata orang, "jauh
perjalanan, luas pemandangan".
Keluarga saya juga gemar
berkebun. Datuk saya merupakan seorang tukang kebun di sebuah sekolah sebelum
beliau bersara. Di halaman rumah kami, terdapat sebuah taman yang tidaklah
besar tetapi cukup unik. Dalam taman ini, terdapat sebuah kolam ikan buatan
datuk saya sendiri. Kami telah mendirikan sebuah para untuk tanaman markisa
yang hidup menjalar. Ibu pula gemar menanam orkid yang turut ditanam di salah
satu penjuru para itu. Saya gemar menanam tomato ceri dan cili padi. Bapa saya
pula menanam sayur seperti sawi dan lobak di tapak tanah yang subur. Kami sekeluarga
meluangkan masa hujung minggu untuk memastikan taman kita kemas dan bersih. Kami seronok bersembang sambil bekerja.
Kami juga peminat filem.
Kami akan menonton filem terbaharu di pawagam atau melalui saluran TV berbayar
Netflix. Genre filem kegemaran kami walaupun berlainan tetapi kami tetap
menonton bersama untuk mengeratkan hubungan sesama kami sekeluarga.
Ibu bapa saya juga
merupakan sukarelawan bagi sebuah badan NGO. Mereka sering membawa saya bersama
untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti amal seperti Kempen Derma Darah, Kempen
Kitar Semula, dan lain-lain.
Saya memang berasa
bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Semoga kegembiraan kami
berpanjangan buat selama-lamanya.