Thursday, March 5, 2020

Hobi Saya


HOBI SAYA
Chong Qie Cheng, 12
            Semua orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah bermain catur dan membaca.
            Saya sukar bermain catur kerana aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Saya juga bermain catur semasa saya berasa bosan. Hobi saya ini juga dapat mencerdaskan otak. Saya gemar bermain catur dengan ahli keluarga agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
            Ayah saya yang mengajar saya bermain catur. Saya sudah tahu bermain catur sejak berumur 7 tahun. Saya juga belajar teknik-teknik daripada sepupu yang mahir dalam catur. Kadang-kadang, saya bermain catur dengan anak-anak jiran yang sebaya untuk menjadi lebih mahir.
            Selain bermain catur, saya juga suka membaca kerana membaca dapat menambah ilmu. Saya suka membaca buku berkenaan alam flora dan fauna kerana maklumat itu sangat menarik hati saya. Pada masa lapang, saya membaca buku di bilik saya.
            Kesimpulannya, semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Kita mesti memilih hobi kerana hobi dapat memberikan banyak manfaat.

Chew Pui Kei, 12
            Hobi ialah aktiviti kegemaran kita. Hobi juga boleh mengisi masa lapang. Hobi saya ialah membaca dan berkebun.
            Mengapakah saya suka membaca? Saya suka membaca kerana saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap penulisan supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
            Saya gemar membaca pelbagai bahan bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita. Sejak berumur 4 tahun lagi, saya sudah pandai membaca buku cerita, pada usia 7 tahun pula saya mula membaca surat khabar setiap hari. Membaca surat khabar membolehkan saya mengetahui isu-isu semasa. Majalah berkebun pula telah menjadi bahan bacaan pilihan saya sejak umur 9 tahun. Pada waktu lapang, saya juga meminati buku komik yang memaparkan banyak gambar menarik yang dapat meningkatkan daya kreativiti saya.
            Selain membaca, saya juga gemar menanam pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran. Aktiviti berkebun ini dapat menghijaukan dan menceriakan kawasan persekitaran rumah serta mengurangkan stres dan beban kerja sekolah. Menanam sayur-sayuran pula dapat menjimatkan wang perbelanjaan.
            Hobi berkebun juga boleh menjadi kerjaya saya. Saya ingin menjadi seorang ahli botani yang mencipta dan memperkenalkan teknik berkebun baharu kepada negara kita. Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan masa lapang saya dengan hobi-hobi saya ini.

No comments:

Post a Comment

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...