Sunday, October 4, 2026
Monday, March 14, 2022
KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI
KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI
Sungai merupakan sumber utama untuk
semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidup
manusia. Namun, pada zaman moden ini, sungai sudah semakin tercemar dan meninggalkan
pelbagai kesan yang membimbangkan masyarakat.
Kesan yang sering dilihat ialah rawatan pencemaran sungai telah menelan jumlah peruntukan yang tinggi dalam belanjawan negara setiap tahun. Sungai yang tercemar perlu dirawat agar tidak membawa kesan yang lebih serius kepada masyarakat. Kempen ‘Cintai Sungai Kita’ tidak patut sekadar slogan dan patut dititikberatkan agar segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan pencemaran sungai tidak akan sia-sia bagai mencurah air ke daun keladi.
Selain itu, pencemaran sungai sememangnya
menyumbang kepada kepupusan kehidupan akuatik. Hal ini demikian kerana hidupan
marin seperti ikan, udang dan pokok bakau serta rumpai yang bergantung kepada
sumber air yang bersih itu tidak lagi selamat untuk hidup di sungai yang
tercemar. Akibatnya, rantaian makanan dan keseimbangan ekosistem turut tergugat.
Sumber protein daripada sungai semakin
berkurangan dan tidak lagi selamat untuk dimakan oleh manusia. Ekoran daripada
itu, sumber pendapatan penduduk setempat khususnya para nelayan yang bergantung
kepada penternakan hasil laut dalam sangkat turut terjejas dengan teruknya.
Pencemaran sungai ini akan
menatijahkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan yang
dibuang ke dalam sungai dengan mudah. Akhirnya, penyebaran mikroorganisma ini
akan mengakibatkan peningkatan pelbagai penyakit bawaan air seperti
cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah. Oleh itu, kesihatan kita pasti akan
terjejas akibat daripada pencemaran sungai.
Di samping itu, pencemaran sungai
boleh mengakibatkan imej negara terjejas. Tidak lagi kita berasa jangkal apabila
kita dimaklumkan berlaku banjir-banjir kilat di bandar besar. Salah satu punca
berlakunya banjir kilat ialah sungai yang tersumbat dengan sampah sarap. Sikap
penduduk setempat sendiri yang tidak mementingkan kebersihan sungai dan tidak bertanggungjawab itu menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sisa-sisa sampah. Senario sungai yang kotor dan dipenuhi
sampah sarap amat menjijikan mata. Bayangkan pelancong yang melihat dengan mata
sendiri kekotoran sungai kita, alangkah malunya kita sebagai rakyat yang memang
terkenal dengan nilai-nilai murni ketimuran.
Akhir sekali, ternyata sungai amat
penting bagi setiap penduduk di bumi untuk meneruskan hidup. Pencemaran sungai
di negara kita telah meninggalkan parut yang sukar untuk disembuhkan. Namun, senario
ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana akan memberi kesan negatif yang
lebih parah dalam jangka masa panjang. Oleh itu, sebagai masyarakat yang
prihatin terhadap alam sekitar, bersama-samalah kita berhempas-pulas memelihara
dan mengekalkan keindahan serta kebersihan sungai.
Friday, March 12, 2021
ULASAN - Memanfaatkan masa sepanjang tempoh PKP
Poster di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilakukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan
oleh kerajaan. Tulis ulasan tentang aktiviti-aktiviti tersebut dalam bentuk
perenggan.
Poster tersebut menunjukkan aktiviti-aktiviti
yang boleh kita lakukan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan
oleh kerajaan.
Antaranya kita boleh menonton televisyen atau
bermain permainan tradisional seperti congkak dan Saidina bersama keluarga
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, kita boleh membaca buku
dan komik untuk mengurangkan stres. Seterusnya, kita juga boleh menolong ibu
bapa mengemas rumah untuk meringankan beban mereka. Akhir sekali, kita boleh
melakukan senaman ringan untuk menjaga kesihatan badan.
Kesimpulannya, kita harus memanfaatkan masa agar masa tidak
terbuang begitu sahaja.
ULASAN – Amalan Norma Baharu bagi Mencegah Jangkitan Wabak COVID-19
ULASAN
– Amalan Norma Baharu bagi Mencegah Jangkitan Wabak COVID-19
Sumber: https://www.rtm.gov.my/index.php/terkini/pengumuman/4588-covid-19-elakkan-3s
Rajah tersebut
menunjukkan amalan normal baharu bagi mencegah jangkitan wabak COVID-19.
Antaranya ialah mengamalkan
kebersihan diri yang baik seperti kerap membasuh tangan terutamanya selepas
batuk atau selesema dengan menggunakan air dan sabun. Selain itu, kita perlu
menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter kerana virus ini mudah
tersebar dan menyerang organ pernafasan orang yang dekat. Kita juga perlu
memakai penutup hidup dan mulut di tempat awam untuk mengurangkan risiko
jangkitan penyakit.
Kesimpulannya, semua orang perlu
menjalankan tanggungjawab bagi mengekang penyakit ini daripada merebak.
ULASAN – Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 di Sekolah
ULASAN
– Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 di Sekolah
Sumber: https://pkkbeaufort.moh.gov.my/index.php
Poster tersebut
menunjukkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di sekolah.
Pengurusan
sekolah perlu melakukan nyahkuman atau disinfeksi permukaan yang mudah dicemari
kuman seperti kerusi, meja, tombol pintu dan papan kekunci komputer. Sekiranya
terdapat warga sekolah yang telah disahkan positif COVID-19, sekolah tidak
perlu ditutup. Namun, sekolah haruslah kerap melakukan nyahkuman. Warga sekolah
mesti menjaga kebersihan diri dengan membasuh tangan dengan sabun dan air atau
hand sanitizer. Warga sekolah haruslah mengamalkan penjarakan satu meter dengan
orang di sekeliling terutama bagi mereka yang bergejala. Setiap murid harus
memakai penutup mulut dan hidung untuk mengurangkan risiko menjangkiti
COVID-19.
Kesimpulannya, kerjasama semua rakyat amat diperlukan untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 agar negara kita kembali aman dan sejahtera.
Thursday, March 11, 2021
CATATAN - Hari Persekolahan Dalam Talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
CATATAN – Hari Persekolahan Dalam
Talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
7.00 pagi
Saya bangun awal seperti biasa. Selepas bersarapan, saya membuka
komputer untuk bersedia mengikuti kelas Google Meet bersama guru di sekolah.
7.30 pagi
Waktu persekolahan bermula dengan mata pelajaran Bahasa Melayu
oleh Cikgu Zaki. Cikgu Zaki mengajar beberapa peribahasa yang penting dan kerap
digunakan dalam penulisan karangan.
9:00 pagi
Saya memulakan kelas luar talian dan mengakses latihan yang
telah dipaparkan di dalam Google Classroom. Saya menjawab soalan dengan teliti
dan merujuk kepada kamus jika terdapat perkataan yang saya tidak faham.
10.00 pagi
Waktu rehat selama 20 minit seperti dahulu. Saya makan sandwich yang
disediakan oleh ibu yang kini “Work from Home”. Kami makan bersama-sama sambil
berbual-bual.
10:20 pagi
Alangkah nasib baik hari ini kerana kelas-kelas seterusnya dapat
berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan Internet. Saya menumpukan
sepenuh perhatian dalam setiap kelas.
12:50 tengah hari
Sesi persekolahan hari ini telah tamat dan saya pun makan tengah
hari bersama ibu dan ayah. Ayah telah pulang ke rumah selepas menghadiri
perjumpaan khas bersama pegawai yang penting.
2:30 petang
Selepas berehat seketika, saya meneruskan pembelajaran saya
bersama Cikgu Hoh untuk menambahbaik Bahasa Melayu saya. Saya ingin mendapat A
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya perlu terus berusaha agar dapat
mencapai matlamat saya ini. Sesi ini, Cikgu Hoh mengajarkan saya teknik
menjawab soalan-soalan Bahagian B.
6:00 petang.
Selepas mandi dan makan malam, kami sekeluarga menonton drama
kegemaran di ruang tamu untuk berhibur.
8.00 malam
Kami menonton berita terkini untuk mengetahui maklumat terkini
tentang COVID-19. Ayah berpesan kepada saya dan adik agar mematuhi segala
Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kami dibenarkan pulang ke sekolah untuk
mengikuti sesi pembelajaran.
9.30 malam
Seperti biasa, selepas membersihkan diri, saya dan adik membaca
buku cerita kegemaran sebelum masuk tidur.
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI - PKP sepanjang COVID-19
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 私函
1, Jalan Equine 1,
Taman
Equine,
43300
Seri Kembangan,
Selangor
Darul Ehsan.
14
Mac 2021.
Menemui sahabatku, Ginnie
Wong yang kini berada di Melbourne, semoga sihat sejahtera di samping keluarga.
Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan
kehidupan saya dan keluarga sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lepas.
Kerajaan menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada
semua warganegara dan sesiapa yang berada di dalam negara Malaysia. Sejak 18
Mac 2020, saya dan adik tidak lagi ke sekolah dan terpaksa mengikuti kelas dalam
talian kerana sekolah telah tutup.
Pada waktu pagi, saya akan mengikuti kelas Google Meet
dan Google Classroom yang diajar oleh guru-guru sekolah. Pada waktu petang,
saya pula mengikuti sesi tuisyen bersama guru lain melalui Zoom. Kadang-kadang,
perkhidmatan Internet tidak stabil dan menyebabkan saya dan adik tidak dapat
mendengar pengajaran guru dengan jelas. Tapi, kami tetap menumpukan perhatian
dalam pembelajaran.
Ibu dan ayah saya pun tidak dapat keluar bekerja dan
hanya “Work From Home”. Setiap keluarga hanya dibenarkan seorang untuk keluar
membeli makanan dan barangan keperluan.
Pada waktu lapang, kami sekeluarga hanya menonton televisyen
bersama-sama untuk untuk berhibur dan meringankan stres. Kadang-kadang, kami
juga bermain permainan tradisional seperti congkak untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Pada waktu petang, kami sekeluarga hanya melakukan senaman
ringan di halaman rumah kerana kami tidak dibenarkan ke padang permainan di
kawasan perumahan kami.
Pada awal bulan Mac tahun ini, kes COVID-19 menunjukkan pengurangan
di negara saya, kami telah dibenarkan pulang ke sekolah dengan mematuhi SOP
yang ketat. Bagaimana pula keadaan saudari di sana? Semoga COVID-19 tidak serius
di tempat saudari.
Setakat ini sahaja surat saya buat kali ini. Semoga berjumpa
lagi dalam lembaran lain. Sampaikan salam daripada saya kepada keluarga
saudari. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Jasmine
Saturday, January 30, 2021
HOBI SAYA, DITELAN ZAMAN?
Hobi
merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Masa lapang kita
dimanfaatkan dengan hobi dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala
sosial yang tidak sihat. Ramai di antara rakan sebaya saya gemar bersukan, ada
pula yang lebih gemar bermain permainan komputer. Namun, saya yang agak
berlainan dengan mereka. Saya meminati setem yang berwarna-warni, bahkan dalam
pelbagai saiz dan bentuk.
Hobi
saya ialah mengumpul setem. Saya mula meminati setem setelah bapa saudara yang telah berhijrah
ke Australia sering mengirim surat kepada nenek yang tinggal serumah dengan
saya. Saya tertarik dengan gambar-gambar yang menarik pada setem. Setem-setem
itu menonjulkan budaya dan peristiwa penting yang berlaku tentang sesebuah
negara. Setiap kaili selepas menyiapkan kerja sekolah, saya gemar menatap
setem-setem untuk menambah ilmu pengetahuan saya.
Banyak
kebaikan yang saya peroleh melalui hobi saya ini. Mengumpul setem telah melatih
kesabaran dan ketelitian saya. Saya perlu bersabar untuk menunggu surat yang
dikirim kepada saya atau keluarga. Saya juga haruslah cermat sewaktu
menanggalkan setem daripada sampul surat. Namun, setiap kali melihat koleksi
setem peribadi bertambah, kepuasan yang saya peroleh memang tidak ternilai.
Untuk
menambahkan koleksi saya, saya juga sering mengunjungi pejabat pos terutamanya
sewaktu dimaklumkan ada keluaran khas setem sempena progam atau kempen tertentu
seperti sambutan Hari Kemerdekaan, koleksi spesis flora dan fauna negara yang
istimewa. Selain menimba pengetahuan baharu, saya juga menjadi lebih kreatif.
Mengumpul setem kadangkala juga membazirkan duit, namun saya memperoleh banyak
faedah serta keseronokan daripada hobi saya ini.
Setakat ini, saya telah berjaya mengumpulkan
melebihi 3000 setem. Setem-setem tersebut berasal dari lebih 50 buah negara di
seluruh pelosok dunia. Setem-setem saya telah disimpan dengan rapi dalam album
setem. Walaupun mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpulkannya, saya
tidak kisah kerana bak kata pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.
Menulis surat dan mengirim surat sudah tidak sepopular dahulu kala. Pada hakikatnya, pertambahan koleksi saya sudah tidak secepat dahulu. Ramai orang telah beralih daripada berurusan melalui surat kepada penghantaran e-mel, namun dengan bantuan media sosial untuk menemukan golongan peminat setem dari seluruh dunia, dapatlah juga saya bertukar-tukar setem dengan peminat setem yang menghadapi situasi yang sama dengan saya. Saya amat berbangga terhadap diri saya kerana telah berjaya menempuhi cabaran-cabaran tersebut dengan baik. Sesungguhnya, hobi itu amat baik dan memberi manfaat kepada kita. Saya berharap hobi saya ini tidak ditelan zaman dengan adanya peminat seperti saya.
Sunday, December 27, 2020
SMART - goal setting
You MUST HAVE
clear, SMART (Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Time-bound) goals
to enhance your MOTIVATION to LEARN!
eg.
I want to learn
idioms that are useful for my ENGLISH from the website below before school
reopen in 2021.
http://ponponproduction.blogspot.com/.../useful-idioms...
SPECIFIC - idioms
in the website
MEASURABLE - 45
idioms
ATTAINABLE - can be
achieved as given more than 20 days
REALISTIC -
practical to learn idioms which are useful for exam
TIME-BOUND - before
school reopen in 2021
Sunday, December 13, 2020
Saturday, December 12, 2020
HARI YANG PALING MENGGEMBIRAKAN - SAMBUNG CERITA (Sambutan Hari Lahir)
SAMBUNG CERITA
Tuliskan
karangan yang berakhir dengan “… berasa amat gembira kerana mendapat banyak
hadiah.”
Aku bangun daripada tidur dan terus menatap kalendar yang
tergantung pada dinding. Tarikhnya menunjukkan 28 Februari 2021. Hari ini
merupakan sambutan ulang tahun hari lahirku. Umurku genap dua belas tahun. Aku
berasa sungguh gembira.
Ayah dan ibu telah mengadakan majlis untuk meraikan hari
lahir aku yang kedua belas. Aku telah menjemput beberapa orang rakan terdekat, jiran-jiran
dan saudara-mara untuk sama-sama meraikan hari yang penting ini.
Awal-awal pagi lagi, ibu dan kakak sudah pun sibuk
menyediakan makanan dan minuman untuk semua tetamu. Ayah dan abang pula
menghiasi ruang tamu dengan belon dan reben yang berwarna-warni. Datuk dan
nenek membelikan aku sebuah kek agar-agar berupa Minnie Mouse.
Tepat pukul 12 tengah hari, semua
tetamu telah pun tiba. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari
Jadi’ untuk aku. Aku meniup lilin di atas kek selepas mendoakan agar mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada bulan Oktober nanti. Kami
juga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.
Selepas itu, tetamu dijemput menjamu selera makanan yang
dimasak dan juga yang dibeli seperti kuih-muih, sate, mihun goreng, kari ayam
dan buah-buahan. Semua tetamu makan dengan penuh selera. Suasana majlis sungguh
meriah dengan gurau senda dan gelak ketawa kedengaran di sana sini.
Majlis kemudian bersurai pada
pukul 4 petang. Sebelum tetamu pulang, aku berjabat tangan dengan mereka sambil
mengucapkan terima kasih. Aku berasa amat gembira kerana mendapat banyak
hadiah.
*MODEL
KARANGAN juga boleh dijadikan karangan yang bertajuk “Hari yang Paling
Menggembirakan”
Anda
perlu tambah satu ayat pada penghujung karangan
… Hari inilah merupakan hari yang paling gembira dalam hidupku
buat masa ini.
Saturday, August 22, 2020
Thursday, March 5, 2020
Hobi Saya
Sunday, March 1, 2020
KARANGAN - SYARAHAN : Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya
KEPENTINGAN HOBI - FAKTA
Kepentingan hobi
@ - pilihan kata
HOBI SAYA
Thursday, January 2, 2020
VOCABULARY 02012020
| 1 | agilely | 敏捷地 |
| 2 | productively | 富有成效地 |
| 3 | bold | 胆大 |
| 4 | brave | 勇敢 |
| 5 | procrastinate | 拖延 |
| 6 | versatile | 多才多艺 |
| 7 | all-rounder | 全能者 |
| 8 | cannibals | 食人族 |
| 9 | piranha | 食人鱼 |
| 10 | paparazzi | 狗仔队 |
Fill in the blanks with the words above.
- Galen was one of the most ________________ and accomplished writers of his age.
- He punished the ________________ child for talking back.
- His vessel was wrecked, and he fell into the hands of ________________.
- If you ________________ this project, you will not have enough time to complete it.
- It was really ________________ of her to admit her mistake to her boss.
- It's important to spend your time _______________.
- The European ________________ stalked David Beckham on a vacation in Europe.
- The omni - directional soccer robot moves ________________ and can meet demands of small soccer robot match better.
- The young performer boasted himself to be an ________________.
- We just caught a 3-pound ________________ nearby.
Saturday, December 28, 2019
KELAS BM MINGGU 1 - 04012020 BIOGRAFI
新的学年,让我们从新认识自己。
写一些能让大家认识你是谁的好句子。
要有独特性的内容,不然作文就千篇一律。
KELAS BM 07122019
BINA AYAT
KELUARGA BAHAGIA KELUARGA HARMONI [OXFORD FAJAR SPOT ON ms 2]
1. Kita boleh menonton televisyen bersama-sama ahli keluarga agar dapat merapatkan hubungan antara satu sama dengan yang lain.
2. Kita boleh bergotong-royong membersihkan kawasan rumah supaya kawasan rumah sentiasa bersih dan indah.
3. Kita hendaklah meluangkan masa untuk makan bersama dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Kita patutlah melakukan aktiviti riadah untuk menyihatkan badan bersama-sama ahli keluarga agar dapat mengeratkan silaturahim.
5. Kita perlulah membawa ahli keluarga berkelah pada waktu lapang untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
TIP BAHASA
1. bersama dengan ahli keluarga (BETUL)
bersama-sama ahli keluaraga (BETUL)
bersama-sama dengan ahli keluarga (SALAH)
2. antara satu sama dengan lain 互相(没有提及人物)
sesama ahli keluarga 与家人相互(提及人物)
FRASA MENARIK
1. sekurang-kurangnya seminggu sekali 至少一星期一次
2. merapatkan hubungan 使关系密切
3. mengeratkan silaturahim 加强友谊
4. menyihatkan badan 使身体健康 (取代 badan menjadi sihat)
Cara lain untuk memupuk hubungan kekeluargaan
1. mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga 在家庭中实践爱的价值观
2. saling menghormati sesama ahli keluarga untuk mengelakkan konflik keluarga 互相尊重家人以避免家庭冲突
3. kesihatan dan keselamatan anggota keluarga terjamin 保证家庭成员的健康和安全
KATA BANYAK MAKNA - TOLAK
1. 推 “Jangan tolak, jalan perlahan-lahan," pesan ibu kepada adik.
2. 拒绝 "Maaf, aku terpaksa tolak jemputan kamu," kata Ryan kepada James.
3. 减 "Apakah jawapan bagi 99 tolak 15?" tanya Cikgu Hoh kepada muridnya. / Markah aku kena tolak kerana banyak kesalahan tatabahasa.
由于,意思是动词(未加Imbuhan MeN-),所以造句就必须使 ayat pasif, ayat cakap ajuk。
-
Telefon bimbit adalah penting kerana membawa pelbagai faedah kepada segenap masyarakat. Pada zaman modenisasi ini, semakin ban...
-
KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...
-
HOBI SAYA - BIOGRAFI Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Kita sering dipesan harus memanfaatkan masa lapang. Hobi s...





