Friday, November 8, 2019

A VISIT TO ORPHANAGE - EXERCISE


 A VISIT TO ORPHANAGE

Fill in the blanks.
 到达             / 成功    /  位于/                陪同 /               /                  迎接      /   开始与 /            欢呼 /
arrived at / a success / located in / accompanied by / chartered / was greeted by / started off with / cheered /

美味                  / 似乎有 /         时间离开 /         重访 /   很多乐趣 /         包括 / 举办
scrumptious / seemed to have / time to leave / revisit / a lot of fun / including / organized

Last Saturday, the Interact Club _________________ a visit to the orphanage which named "Rumah Ceria" that was _________________ Petaling Jaya. The trip was comprised of thirty members and _________________ three teachers. We boarded 登上 a __________ bus from our school to the destination and _________________ about 10.00 a.m.
Our arrival _________________ all of the little cute children and some of the volunteers. They looked so happy when they saw us. They __________ happily and welcomed us with opened arms 张开双臂欢迎我们. All of us were surprised by their response.
The event was _________________ a short opening speech by the President of Interact Club followed by 接着a welcoming speech by the head of Rumah Ceria. Then, we also gave out the _________________ apple pie that we had made in school to the children. They looked so ecstatic 欣喜若狂 and were in high glee 欢欣鼓舞.
After that, we played games with the little children there such as the tug-of-war 拔河 and gunny sack race 麻袋大赛 at the courtyard 院子of the house. We had _________________ and the children enjoyed themselves very well. They _________________ a wonderful time with us. Lastly, we also gave presents that we had brought to all the children __________ the volunteers there. 
Soon, it was _________________. Everyone had a great time and this event was _______________. Before we went back to school, we gave each of the little cute children a bear hug 熊抱. We hope to ___________ another home in the next school holidays.

ANSWERS: 
organized / located in / accompanied by / chartered arrived at / was greeted by / cheered /  started off with / scrumptious / a lot of fun /  seemed to have  / including / time to leave / a success / revisit 



Thursday, October 10, 2019

KENANGAN PAHIT


        Detik pahit manis merupakan lumrah hidup. Setiap insan di dunia ini pasti pernah mengalami pengalaman pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan, tidak mengira sama ada peristiwa itu berlaku pada zaman kanak-kanak, remaja dewasa mahupun tua.
Namun, peristiwa pahit itu masih segar dalam ingatan aku seolah-olahnya berlaku semalam. Masa itu, aku baru berusia 7 tahun dan belajar di Tahun 1. Aku sedang bercuti di kampung datuk bersama sepupuku.
      Malam itu, datuk, nenek, aku dan sepupu sedang menonton rancangan televisyen. Pada masa itu, kami sedang menonton sebuah drama detektif X-Files yang begitu menarik. Jam dinding baru menunjukkan jam 9 malam. Sedang khusyuk menonton dan, tiba-tiba kami terdengar salakan anjing yang tidak berhenti-henti. Suara salakan anjing itu dating dari arah pintu utama. Dalam kenyaringan suara salakan anjing itu, kami juga terdengar bunyi desiran seakan desiran ular.
      Entah apa yang berlaku di luar sana? Tanpa melengahkan masa, datukku mengambil kayu dan membuka pintu dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba, ular itu menggeser masuk ke dalam rumah. Ular itu sangat besar. Kami pun menjerit ketakutan. Nenek dan sepupuku lari bertempiaran ke dalam bilik meninggalkan aku dan datuk. Kakiku menjadi kaku dan tidak erti bergerak kerana terlalu takut. Tanpa disedari, air mataku jatuh berderai. Melihat keadaan yang terdesak kerana aku dalam keadaan yang bahaya, datuk memberanikan diri dan terus memukul ular itu sekuat hatinya dan akhirnya ular itu pun mati.
      Datuk kemudian dibantu sepupu membawa bangkai ular itu untuk ditanam ke kawasan lapang berdekatan dengan dusun di belakang rumah. Aku dan nenek pula membersihkan darah ular tersebut. Peristiwa inilah merupakan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga akhir hayat. Tidak hairan juga, kadangkala aku masih bermimpi tentang peristiwa ini.  

Sambutan Hari Lahir – Kenangan yang Manis


Tanggal 28 Februari 2020, merupakan hari yang amat penting bagi aku. Pada hari itu, aku telah mengadakan majlis sambutan hari lahir aku yang ke-12 tahun. Aku dan ahli keluarga bangun awal untuk membuat persiapan untuk majlis itu.
Aku dan ahli keluarga bekerjasama mengemaskan rumah agar kelihatan bersih dan kemas. Ayah dan abang membantu menyusun meja dan kerusi untuk tetamu yang bakal tiba di bawah kanopi. Kakak-kakak sibuk menghiasi ruang tamu dan kanopi dengan belon dan reben berwarna-warni. Ruang tamu rumahku kelihatan begitu ceria kerana dihiasi dengan cantik sekali. Aku turut membantu ibu di dapur menyediakan air minuman asam boi limau kasturi. Makanan yang ditempah telah pun disusun dengan rapi di atas meja makan bi bawah kanopi. Antaranya, mihun goreng, ayam goreng, nuget, sosej, kuih-muih, dan buah-buahan.
Tidak lama kemudian, tetamu pun beransur datang ke rumah. Ayah telah mengundang ramai tetamu termasuklah rakan-rakan dan saudara-mara terdekat kami. Aku berpakaian baju baharu yang dibeli oleh ibu semasa menyambut kedatangan tetamu. Tetamu mengucapkan selamat hari lahir kepada aku sambil menghulurkan hadiah kepada aku. Mereka juga memuji aku kelihatan berseri-seri. Aku tersenyum sambil membalas dengan ucapan terima kasih.
Majlis pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu hari lahir, diikuti dengan doaanku sebelum meniupkan lilin. Kemudian aku memotong kek dengan sebilah pisau yang dihiasi dengan reben. Selepas itu, tetamu dijemput menjamu selera di bawah kanopi.
Selepas menikmati hidangan makanan dan minuman yang enak, aku mengajak rakan-rakan untuk bermain permainan yang telah disediakan. Lebih menarik, sambutan hari lahir aku pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran badut dan ahli silap mata. Kami semua terpesona melihat gelagat lucu badut dan persembahan ahli silap mata itu.
Pada pukul 5.00 petang, para tetamu beransur meninggalkan rumahku. Aku bersalam sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kesudian meluangkan masa menghadiri majlis sambutan hari lahirku. 
Aku sangat bersyukur dan gembira kerana banyak menerima hadiah kegembiraan seperti buku cerita dan Lego. Aku mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama menjayakan majlis aku. Sambutan hari lahir pada tahun ini merupakan kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila. Alangkah baiknya kerana segala kenangan manis ini tercatat dalam kamera digital yang dipegang abang sepanjang majlis berlangsung.

Wednesday, September 18, 2019

Aku Sebuah Mesin Basuh


Aku Sebuah Mesin Basuh
Aku sebuah mesin basuh automatik model terbaharu tahun 2019. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga. Dengan adanya ciptaan aku ini, kerja pembersihan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah. Terdapat juga banyak kelebihan aku yang menarik ramai yang ingin memilikiku.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang yang bernama kilang elektronik Toshiba ini terletak di Banting, Selangor. Aku diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik dan alat-alat elektronik. Saiz badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan butang-butang arahan yang amat mudah difahami. Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih. Selepas siap dipasang, aku diperiksa dengan rapi agar tidak akan berlaku sebarang kerosakan.
Aku dihantar dari kilang dan dijual di sebuah kedai elektrik bernama Kedai Elektronik Sen Heng dengan harga RM2200. Harga itu agak mahal berbanding rakan aku yang berlainan jenama. Aku telah dipamerkan di ruang depan kedai untuk tatapan orang ramai yang lalu-lalang di kedai itu.
Pada suatu petang, datang seorang wanita berumur lingkungan 40-an ke kedai. Wanita itu meraba-raba badan aku dan meneliti brosur yang memperkenalkan fungsi aku. Wanita itu tertarik dengan fungsi istimewa aku iaitu dapat menjimatkan tenaga, air dan beroperasi secara senyap.  Selain itu, badan aku juga mengandungi satu sistem pengeringan turbo yang mampu memerah pakaian sehingga hampir kering dan tidak perlu menjemur pakaian terlalu lama. Dengan keistimewaan aku, akhirnya wanita yang bernama Puan Nora itu telah membeli aku.
Aku dihantar ke rumah Puan Nora dengan sebuah lori dan diletakkan di hadapan bilik air yang terletak di tingkat bawah rumah. Aku digunakan oleh tuan aku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setiap pagi. Tuan aku menggunakanku dengan begitu cermat.
Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh yang dapat berbakti kepada manusia. Aku berjanji akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan.


LATIHAN              Aku sebuah mesin basuh
Pendahuluan – sebuah mesin basuh – model terbaharu - berfungsi secara automatik – dilahirkan di seubah kilang di Pasir Gudang, Johor. – dihantar ke Selangor.
Isi – dibawa ke sebuah kedai barang-barang elektrik di Seri Kembangan – dipamerkan bersama rakan-rakanku – berlainan jenama – pelanggan – membeli barangan elektronik seperti televisyen, penghawa dingin, peti ais – rakan-rakanku yang sudah dibeli – melihat dengan sayu – mungkin – hargaku sangat mahal.
– Puan Rebekah – membelek-belek brosur tentang kecanggihan dan kehandalanku – berpuas hati – kapasiti yang lebih besar berbanding dengan mesin basuh yang lain – aku cekap dari segi operasi – beroperasi secara rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat.  – membuat pembayaran – dihantar oleh pekerja kedai ke rumah Puan Rebekah
– bermulalah tugas – sebagai mesin basuh – ahli keluarganya sangat ramai – memerlukan mesin basuh yang besar – bertugas dengan penuh dedikasi – tuan berpuasa hati – hasil kerja yang dapat membersihkan pakaian tanpa membuatkannya berkedut. 
Penutup – gembira dapat berkhidmat – keluarga Puan Rebekah – berjanji – menjalankan tugas – sebaik-baik mungkin

Aku Sebagai Lampu Suluh


Aku Sebagai Lampu Suluh
        Aku ialah lampu suluh LED berjenama Kingslite, dengan siri nombor ESH6226. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shen Zhen, China. Aku dengan saudara aku mempunyai rupa bentuk yang sama. Ada yang berlainan warna. Setelah siap, kami dimasukkan ke dalam kotak dan dihantar melalui kapal kontena ke Malaysia.
        Selepas diperiksa kastam, aku telah dihantar ke Pasar Raya Aeon yang terletak di Taman Equine. Di sinilah, aku diletakkan bersama-sama dengan lampu suluh lain yang berbeza jenama dan bentuk. Setiap hari, ramai pelanggan yang datang pasar raya itu. Ada yang melihat-lihat sahaja dan ada yang memegang-megang aku.
     Suata hari, ada seorang lelaki datang bersama-sama anaknya. Dia memegang aku dan salah seorang rakan aku. Setelah memeriksa kami, dia akhirnya mengambil keputusan iaitu memilih aku. Aku dibawa ke kaunter pembayaran. Sebelum itu, aku telah dimasukkan tiga biji bateri AAA untuk memastikan aku berfungsi dengan baik.  Setelah berpuas hati dan membuat pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya.
       Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas kabinet yang berhampiran dengan pintu utama. Aku mendapati nama tuanku ialah Yoon Kong. Sepanjang aku berada di rumah itu, aku digunakan sewaktu bekalan elektrik terputus. Kadang-kadang, aku juga dibawa oleh Yoon Kong ke tempat dia memancing. Aku juga pasti dibawa bersama dan diletakkan di dalam kereta apabila Yoon Kong dan keluarganya ke suatu tempat yang jauh sebagai langkah keselamatan.
       Aku sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada keluarga Yoon Kong. Yoon Kong selalu menjaga aku dengan baik. Sekiranya, aku tidak berfungsi, dia akan menukarkan bateri di dalam badan aku. Aku akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan aku selagi hayat aku dikandung badan.

Wednesday, September 4, 2019

SAHABAT BAIK SAYA


Namanya, James. Seorang budak lelaki yang tinggi lampai dan selalu bermuka ceria. Dialah sahabat baik saya yang saya kenali sejak Tahun Satu. Kami rakan sebaya, sekelas dan setaman.
Setiap pagi, kami berdua berbasikal ke sekolah bersama. Kami juga berkongsi dan bertukar-tukar bekal makanan yang dibawa dari rumah pada waktu rehat. Hubungan kami baik seperti isi dengan kuku.
James seorang budak yang cerdik dan baik hati. Pencapaian akademik James amat cemerlang. Selain itu, James juga aktif dalam pasukan unit beruniform dan kokurikulum. James menyandang jawatan pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan kapten Rumah Sukan Kuning. James juga mewakili sekolah dalam acara lumba lari 100 meter. Dia sering dipuji oleh guru dan disenangi oleh semua rakan.
Kami banyak meluangkan masa lapang bersama-sama sama ada di rumah atau di luar. Kami gemar menonton filem. Namun, kami mempunyai cita rasa muzik yang agak beza. Saya yang mempelajari muzik sejak berusia lima tahun lebih gemar muzik klasikal manakala James lebih menggemari muzik pop. Walaupun begitu, kami tetap mendengar muzik bersama-sama untuk merehatkan minda setelah penat mengulang kaji pelajaran bersama. Dia sering berkongsi nota dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi mata pelajaran saya yang lemah.
Sebagai kawan karib, kami sering berkongsi isi hati dan impian. Saya ingin menjadi seorang artis dalam arena muzik manakala Min Hong ingin menjadi seorang peguambela yang membantu golongan yang tertindas. Kami berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian kami.
Saya berasa amat bertuah kerana mempunyai seorang rakan, iaitu James, yang begitu cemerlang. Saya berharap persahabatan kami akan kekal abadi.

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...