Saturday, January 30, 2021

HOBI SAYA, DITELAN ZAMAN?

 

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Masa lapang kita dimanfaatkan dengan hobi dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial yang tidak sihat. Ramai di antara rakan sebaya saya gemar bersukan, ada pula yang lebih gemar bermain permainan komputer. Namun, saya yang agak berlainan dengan mereka. Saya meminati setem yang berwarna-warni, bahkan dalam pelbagai saiz dan bentuk. 

Hobi saya ialah mengumpul setem. Saya mula meminati setem setelah bapa saudara yang telah berhijrah ke Australia sering mengirim surat kepada nenek yang tinggal serumah dengan saya. Saya tertarik dengan gambar-gambar yang menarik pada setem. Setem-setem itu menonjulkan budaya dan peristiwa penting yang berlaku tentang sesebuah negara. Setiap kaili selepas menyiapkan kerja sekolah, saya gemar menatap setem-setem untuk menambah ilmu pengetahuan saya.

Banyak kebaikan yang saya peroleh melalui hobi saya ini. Mengumpul setem telah melatih kesabaran dan ketelitian saya. Saya perlu bersabar untuk menunggu surat yang dikirim kepada saya atau keluarga. Saya juga haruslah cermat sewaktu menanggalkan setem daripada sampul surat. Namun, setiap kali melihat koleksi setem peribadi bertambah, kepuasan yang saya peroleh memang tidak ternilai.

Untuk menambahkan koleksi saya, saya juga sering mengunjungi pejabat pos terutamanya sewaktu dimaklumkan ada keluaran khas setem sempena progam atau kempen tertentu seperti sambutan Hari Kemerdekaan, koleksi spesis flora dan fauna negara yang istimewa. Selain menimba pengetahuan baharu, saya juga menjadi lebih kreatif. Mengumpul setem kadangkala juga membazirkan duit, namun saya memperoleh banyak faedah serta keseronokan daripada hobi saya ini.

         Setakat ini, saya telah berjaya mengumpulkan melebihi 3000 setem. Setem-setem tersebut berasal dari lebih 50 buah negara di seluruh pelosok dunia. Setem-setem saya telah disimpan dengan rapi dalam album setem. Walaupun mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpulkannya, saya tidak kisah kerana bak kata pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Menulis surat dan mengirim surat sudah tidak sepopular dahulu kala. Pada hakikatnya, pertambahan koleksi saya sudah tidak secepat dahulu. Ramai orang telah beralih daripada berurusan melalui surat kepada penghantaran e-mel, namun dengan bantuan media sosial untuk menemukan golongan peminat setem dari seluruh dunia, dapatlah juga saya bertukar-tukar setem dengan peminat setem yang menghadapi situasi yang sama dengan saya. Saya amat berbangga terhadap diri saya kerana telah berjaya menempuhi cabaran-cabaran tersebut dengan baik. Sesungguhnya, hobi itu amat baik dan memberi manfaat kepada kita. Saya berharap hobi saya ini tidak ditelan zaman dengan adanya peminat seperti saya.

 

Sunday, December 27, 2020

SMART - goal setting

 


 LEARN by practising SMART!

You MUST HAVE clear, SMART (Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Time-bound) goals to enhance your MOTIVATION to LEARN!

eg.

I want to learn idioms that are useful for my ENGLISH from the website below before school reopen in 2021.

http://ponponproduction.blogspot.com/.../useful-idioms...

SPECIFIC - idioms in the website

MEASURABLE - 45 idioms

ATTAINABLE - can be achieved as given more than 20 days

REALISTIC - practical to learn idioms which are useful for exam

TIME-BOUND - before school reopen in 2021

 

 

Saturday, December 12, 2020

HARI YANG PALING MENGGEMBIRAKAN - SAMBUNG CERITA (Sambutan Hari Lahir)

SAMBUNG CERITA

Tuliskan karangan yang berakhir dengan “… berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.”

Aku bangun daripada tidur dan terus menatap kalendar yang tergantung pada dinding. Tarikhnya menunjukkan 28 Februari 2021. Hari ini merupakan sambutan ulang tahun hari lahirku. Umurku genap dua belas tahun. Aku berasa sungguh gembira.

Ayah dan ibu telah mengadakan majlis untuk meraikan hari lahir aku yang kedua belas. Aku telah menjemput beberapa orang rakan terdekat, jiran-jiran dan saudara-mara untuk sama-sama meraikan hari yang penting ini.

Awal-awal pagi lagi, ibu dan kakak sudah pun sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk semua tetamu. Ayah dan abang pula menghiasi ruang tamu dengan belon dan reben yang berwarna-warni. Datuk dan nenek membelikan aku sebuah kek agar-agar berupa Minnie Mouse.

                Tepat pukul 12 tengah hari, semua tetamu telah pun tiba. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ untuk aku. Aku meniup lilin di atas kek selepas mendoakan agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada bulan Oktober nanti. Kami juga mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.

Selepas itu, tetamu dijemput menjamu selera makanan yang dimasak dan juga yang dibeli seperti kuih-muih, sate, mihun goreng, kari ayam dan buah-buahan. Semua tetamu makan dengan penuh selera. Suasana majlis sungguh meriah dengan gurau senda dan gelak ketawa kedengaran di sana sini.

        Majlis kemudian bersurai pada pukul 4 petang. Sebelum tetamu pulang, aku berjabat tangan dengan mereka sambil mengucapkan terima kasih. Aku berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

 

*MODEL KARANGAN juga boleh dijadikan karangan yang bertajuk “Hari yang Paling Menggembirakan”

Anda perlu tambah satu ayat pada penghujung karangan

… Hari inilah merupakan hari yang paling gembira dalam hidupku buat masa ini.

               

 


Thursday, March 5, 2020

Hobi Saya


HOBI SAYA
Chong Qie Cheng, 12
            Semua orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah bermain catur dan membaca.
            Saya sukar bermain catur kerana aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Saya juga bermain catur semasa saya berasa bosan. Hobi saya ini juga dapat mencerdaskan otak. Saya gemar bermain catur dengan ahli keluarga agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
            Ayah saya yang mengajar saya bermain catur. Saya sudah tahu bermain catur sejak berumur 7 tahun. Saya juga belajar teknik-teknik daripada sepupu yang mahir dalam catur. Kadang-kadang, saya bermain catur dengan anak-anak jiran yang sebaya untuk menjadi lebih mahir.
            Selain bermain catur, saya juga suka membaca kerana membaca dapat menambah ilmu. Saya suka membaca buku berkenaan alam flora dan fauna kerana maklumat itu sangat menarik hati saya. Pada masa lapang, saya membaca buku di bilik saya.
            Kesimpulannya, semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Kita mesti memilih hobi kerana hobi dapat memberikan banyak manfaat.

Chew Pui Kei, 12
            Hobi ialah aktiviti kegemaran kita. Hobi juga boleh mengisi masa lapang. Hobi saya ialah membaca dan berkebun.
            Mengapakah saya suka membaca? Saya suka membaca kerana saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap penulisan supaya mendapat keputusan yang cemerlang.
            Saya gemar membaca pelbagai bahan bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita. Sejak berumur 4 tahun lagi, saya sudah pandai membaca buku cerita, pada usia 7 tahun pula saya mula membaca surat khabar setiap hari. Membaca surat khabar membolehkan saya mengetahui isu-isu semasa. Majalah berkebun pula telah menjadi bahan bacaan pilihan saya sejak umur 9 tahun. Pada waktu lapang, saya juga meminati buku komik yang memaparkan banyak gambar menarik yang dapat meningkatkan daya kreativiti saya.
            Selain membaca, saya juga gemar menanam pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran. Aktiviti berkebun ini dapat menghijaukan dan menceriakan kawasan persekitaran rumah serta mengurangkan stres dan beban kerja sekolah. Menanam sayur-sayuran pula dapat menjimatkan wang perbelanjaan.
            Hobi berkebun juga boleh menjadi kerjaya saya. Saya ingin menjadi seorang ahli botani yang mencipta dan memperkenalkan teknik berkebun baharu kepada negara kita. Saya bersyukur kerana dapat memanfaatkan masa lapang saya dengan hobi-hobi saya ini.

Sunday, March 1, 2020

KARANGAN - SYARAHAN : Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini, saya mewakilli kelas saya Kelas 6A, akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya".

Hadirin sekalian,

       Saban hari 每一天 kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya yang ngeri 恐怖. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan di jalan raya.

         Antara cara menjaga keselamatan di jalan raya adalah dengan merancang perjalanan kita terlebih dahulu 提前计划行程. Pemanduan yang terburu-buru匆匆忙忙 kerana takut terlewat ke destinasi mudah mengakibatkan berlakunya kemalangan.) Jika sesuatu perjalanan dirancang terlebih dahulu maka seseorang itu boleh memandu dengan tenang平静.

       Selain itu, kita mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan jalan raya. Janganlah kita memotong kenderaan lain sewenang-wenangnya 顺意. Sebagai contoh, memotong kenderaan lain di selekoh tajam 急转弯yang telah dipaparkan 被显示papan tanda “Dilarang memotong atau garisan berkembar sering mengundang padah 招来不好的后果.

Hadirin sekalian,

       Kita juga perlu memeriksa terlebih dahulu kenderaan kita sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Sistem brek, lampu isyarat, lampu hadapan dan tayar kenderaan kita perlu berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.

       Kesimpulannya, menjaga keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama. Jika semua pengguna jalan raya menjaga  keselamatan, maka kemalangan dapat dielakkan. Akhir kata, pandu cermat, jiwa selamat.

Sekian, terima kasih.

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...