Wednesday, September 18, 2019

Aku Sebuah Mesin Basuh


Aku Sebuah Mesin Basuh
Aku sebuah mesin basuh automatik model terbaharu tahun 2019. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga. Dengan adanya ciptaan aku ini, kerja pembersihan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah. Terdapat juga banyak kelebihan aku yang menarik ramai yang ingin memilikiku.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang yang bernama kilang elektronik Toshiba ini terletak di Banting, Selangor. Aku diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik dan alat-alat elektronik. Saiz badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan butang-butang arahan yang amat mudah difahami. Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih. Selepas siap dipasang, aku diperiksa dengan rapi agar tidak akan berlaku sebarang kerosakan.
Aku dihantar dari kilang dan dijual di sebuah kedai elektrik bernama Kedai Elektronik Sen Heng dengan harga RM2200. Harga itu agak mahal berbanding rakan aku yang berlainan jenama. Aku telah dipamerkan di ruang depan kedai untuk tatapan orang ramai yang lalu-lalang di kedai itu.
Pada suatu petang, datang seorang wanita berumur lingkungan 40-an ke kedai. Wanita itu meraba-raba badan aku dan meneliti brosur yang memperkenalkan fungsi aku. Wanita itu tertarik dengan fungsi istimewa aku iaitu dapat menjimatkan tenaga, air dan beroperasi secara senyap.  Selain itu, badan aku juga mengandungi satu sistem pengeringan turbo yang mampu memerah pakaian sehingga hampir kering dan tidak perlu menjemur pakaian terlalu lama. Dengan keistimewaan aku, akhirnya wanita yang bernama Puan Nora itu telah membeli aku.
Aku dihantar ke rumah Puan Nora dengan sebuah lori dan diletakkan di hadapan bilik air yang terletak di tingkat bawah rumah. Aku digunakan oleh tuan aku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setiap pagi. Tuan aku menggunakanku dengan begitu cermat.
Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh yang dapat berbakti kepada manusia. Aku berjanji akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan.


LATIHAN              Aku sebuah mesin basuh
Pendahuluan – sebuah mesin basuh – model terbaharu - berfungsi secara automatik – dilahirkan di seubah kilang di Pasir Gudang, Johor. – dihantar ke Selangor.
Isi – dibawa ke sebuah kedai barang-barang elektrik di Seri Kembangan – dipamerkan bersama rakan-rakanku – berlainan jenama – pelanggan – membeli barangan elektronik seperti televisyen, penghawa dingin, peti ais – rakan-rakanku yang sudah dibeli – melihat dengan sayu – mungkin – hargaku sangat mahal.
– Puan Rebekah – membelek-belek brosur tentang kecanggihan dan kehandalanku – berpuas hati – kapasiti yang lebih besar berbanding dengan mesin basuh yang lain – aku cekap dari segi operasi – beroperasi secara rendah bunyi, kurang penggunaan tenaga dan membersih pakaian dengan cepat.  – membuat pembayaran – dihantar oleh pekerja kedai ke rumah Puan Rebekah
– bermulalah tugas – sebagai mesin basuh – ahli keluarganya sangat ramai – memerlukan mesin basuh yang besar – bertugas dengan penuh dedikasi – tuan berpuasa hati – hasil kerja yang dapat membersihkan pakaian tanpa membuatkannya berkedut. 
Penutup – gembira dapat berkhidmat – keluarga Puan Rebekah – berjanji – menjalankan tugas – sebaik-baik mungkin

3 comments:

KARANGAN - KESAN PENCEMARAN SUNGAI

  KESAN-KESAN PENCEMARAN SUNGAI Sungai merupakan sumber utama untuk semua kehidupan di dunia ini. Sungai turut diibaratkan sebagai nadi hidu...